Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF COMMENCE CEMETERY CLEANING CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH RBAF 64th ANNIVERSARY

​BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 18 December 2025 - Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted the second series of the Cemetery Cleaning Campaign at several locations as part of its Community Outreach Programme in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary.

The cemetery cleaning campaign commenced in four locations namely, Kampong Beribi Cemetery, Kampong Sungai Besar Muslim Cemetery, Pangkalan Batu Cemetery and Tanjong Maya Muslim Cemetery. Present at all locations were Officers and the Airmen from RBAirF Headquarters, RBAirF Operations Group, RBAirF Support Group and RBAirF Training Group.

RBAirF personnel embraced this meaningful initiative as an opportunity to honour and remember former RBAF members who have passed away, through the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Doa Arwah. The campaign aims to strengthen spiritual development as well as contribute to society while fostering a spirit of service and contribution to the community.


TUDB MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-64

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Disember 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah melaksanakan siri kedua Kempen Pembersihan Tanah Perkuburan di beberapa lokasi hari ini sebagai sebahagian daripada program jangkauan sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-64.

Kempen pembersihan tanah perkuburan ini dimulakan di empat lokasi iaitu Tanah Perkuburan Kampong Beribi, Tanah Perkuburan Islam Kampong Sungai Besar, Tanah Perkuburan Islam Kampong Tanjong Maya dan Tanah Perkuburan Pangkalan Batu. Hadir di setiap lokasi adalah para pegawai dan anggota daripada Markas TUDB, Kumpulan Gerakan TUDB, Kumpulan Bantu TUDB dan Kumpulan Latihan TUDB.

Warga TUDB menyambut baik inisiatif yang bermakna ini sebagai peluang untuk menghormati dan mengenang bekas warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah melalui bacaan Surah Yassin, Tahlil, dan Doa Arwah. Kempen ini bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan kerohanian serta menyumbang kepada masyarakat, di samping memupuk semangat berkhidmat dan menyumbang kepada komuniti.