Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

EXERCISE AIRGUARD 30/2026 INITIAL PLANNING CONFERENCE AND TABLE TOP EXERCISE

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 30 April 2026 – The Initial Planning Conference (IPC) and Table Top Exercise (TTX) for Exercise AIRGUARD 30/2026 were successfully conducted via video teleconference between No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion (18 DA Bn), Republic of Singapore Air Force (RSAF).

The session commenced with opening remarks from the Exercise Directors, Lieutenant Colonel (U) Muhammad Adif bin Zaman and LTC Robin Chia Mu Jun. Discussions during the IPC focused on programme alignment and administrative logistics, followed by the TTX, which delved into operational scenarios for the upcoming Field Training Exercise (FTX).

The IPC served as a vital platform to define the exercise framework and synchronise participant roles, ensuring a shared understanding of mission objectives. The Final Planning Conference (FPC) is scheduled for late July 2024, leading up to the main exercise in early October 2024.

Commemorating the 30th anniversary of this bilateral Air Defence engagement, both Air Forces introduced enhanced scenarios and concepts into the TTX. These additions are designed to bolster operational readiness and strengthen cooperation in addressing an increasingly complex security environment.


PERANCANGAN AWAL INITIAL PLANNING CONFERENCE DAN TABLE TOP EXERCISE  BAGI EKSESAIS AIRGUARD 30/2026


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 30 April 2026 – Persidangan Perancangan Awal (Initial Planning Conference (IPC)) dan Table Top Exercise  (TTX) bagi Eksesais AIRGUARD 30/2026 telah berjaya dilaksanakan melalui sidang video di antara Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bersama 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion (18 DA Bn), Tentera Udara Republik Singapura (TURS).

Sesi tersebut dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Pengarah-Pengarah Eksesais, Leftenan Kolonel (U) Muhammad Adif bin Zaman dan LTC Robin Chia Mu Jun. Persidangan IPC memfokuskan kepada penyelarasan program dan koordinasi pentadbiran, sebelum beralih kepada sesi TTX yang membincangkan senario operasi bagi Eksesais Latihan Medan (Field Training Exercise (FTX)) yang akan datang.

IPC tersebut berfungsi sebagai platform penting bagi menetapkan rangka kerja eksesais, memperjelaskan keperluan, serta menyelaraskan peranan peserta bagi memastikan koordinasi dan persefahaman objektif yang selaras. Persidangan Perancangan Akhir (Final Planning Conference (FPC)) dijadualkan pada penghujung Julai 2026, manakala eksesais tersebut dijangka akan dilaksanakan pada awal Oktober 2026.

Sempena memperingati ulang tahun ke-30 eksesais pertahanan udara dua hala ini, kedua-dua pihak TUDB dan TURS telah memperkenalkan senario, konsep, dan pelan tindakan baharu ke dalam TTX bagi meningkatkan kesiapsiagaan serta memperkukuh keberkesanan dalam menangani persekitaran keselamatan yang semakin kompleks.