Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

COMBINED ALL ARMS AIR DEFENCE AND HEAVY MACHINE GUN LIVE FIRING AT THE FIELD FIRING AREA

PENANJONG GARRISON, Wednesday, 10 August 2022 – The Combined All Arms Air Defence and Heavy Machine Gun Live Firing was held today at the Field Firing Area (FFA). Present during the session was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan, Commanding Officer of No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF), and Major (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer of No. 2 Wing, RBAirF.

The session started with a safety brief and the overall session presentation by the Director of Practice, Major (U) Mohammad Alli Farid bin Ibrahim. This was then followed by the range orientation before commencing with the live firing. This session is a milestone for the RBAirF as it is the first time that the Live Firing session involved the day and night shooting. The weapons used during the session were the General Purpose Machine Gun (GPMG) operated by the All Arms Air Defence Session 2022 Course and personnel from 238 Squadron and the Heavy Machine Gun (HMG) which was operated by 236 Squadron personnel.

The session was aimed at increasing the proficiency and competency of air and base defence personnel in using the various weapon systems available. Additionally, the session also provided an opportunity for all personnel with regards to the conduct of live firing especially during night shooting. The sessions proceeded smoothly and safely and the participants were able to benefit from the realistic training value provided.




PENEMBAKAN PELURU HIDUP GABUNGAN SEMUA SENJATA PERTAHANAN UDARA DAN HEAVY MACHINE GUN DI PADANG TEMBAK FIELD FIRING AREA

PENANJONG GARISON, Rabu, 10 Ogos 2022 – Sesi Penembakan Peluru Hidup Gabungan Semua Senjata Pertahanan Udara dan Heavy Machine Gun telah dikendalikan pada hari ini di Padang Tembak Field Firing Area (FFA). Hadir semasa sesi tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, TUDB.

Sesi tersebut dimulakan dengan taklimat keselamatan dan taklimat keseluruhan yang disampaikan oleh Pengarah Latihan, Mejar (U) Mohammad Alli Farid bin Ibrahim. Sesi diikuti dengan pengenalan padang tembak sebelum memulakan penembakan peluru hidup. Sesi ini merupakan detik penting kerana ianya merupakan kali pertama pihak TUDB mengendalikan penembakan pada waktu siang dan malam. Senjata-senjata yang digunakan semasa latihan tersebut ialah General Purpose Machine Gun (GPMG) yang dikendalikan oleh peserta-peserta Kursus Semua Senjata Pertahanan Udara Sesi 2022 dan anggota Skuadron 238, manakala senjata Heavy Machine Gun dikendalikan oleh anggota-anggota Skuadron 236.

Sesi penembakan tersebut bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan kompetensi bagi anggota-anggota pertahanan udara dan pangkalan menggunakan pelbagai senjata. Selain itu juga, sesi ini juga memberikan peluang kepada pihak pengendali mengenai tatacara pengendalian padang tembak terutama sekali penembakan waktu malam. Sesi tersebut telah berjalan dengan lancar dan selamat dan telah memberikan peluang kepada semua yang terlibat manfaat nilai latihan yang realistik.