RIMBA AIR FORCE BASE, MONDAY, 07 NOVEMBER 2022 –
Anak Helang Exercise was held successfully from 07 to 10 November 2022 by 77 Squadron of No. 7 Wing, with support from 236 Squadron of No. 2 Wing. Exercise participants consist of Royal Brunei Air Force (RBAirF) Officer Cadets of Intake 21 as part of the RBAirF Officer Cadet School Single Special to Service program and troops from 236 Squadron who were undergoing their Basic Base Defense Course.
The objective of the exercise is to give exposure and challenge the understanding of the Officer Cadets and course participants on base defense operational tasking, and put their leadership and critical thinking as Base Defense Troop Commanders to the test. This exercise further practiced the Officer Cadets and course participants on what they had learned during theory and practical lessons.
The exercise was conducted in two phases. The first phase started with an exercise brief delivered by Captain (U) Mohammad Arieef bin Haji Osman, Support Weapon Troop Commander. The second phase consists of appointed Troop Commanders giving orders and plan execution throughout the exercise with several scenarios given. The exercise was observed by Major (U) Muhammad Adib bin Muhammad Abidin, Officer in Command of 236 Squadron.
In conclusion, Anak Helang Exercise ended successfully and reached its training objective. The exercise allowed the Officer Cadets to practice their Command and Control, reflecting for improvement in becoming future leaders.
EKSESAIS ANAK HELANG 2022
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, ISNIN, 10
NOVEMBER 2022 – Latihan Eksesais Anak Helang yang dikendalikan oleh 77 Skuadron dari Cawangan No. 7 dan dibantu oleh 236 Skuadron dari Cawangan No. 2 telah berjaya dilaksanakan pada 07 hingga 10 November 2022. Eksesais tersebut terdiri daripada gabungan anggota dari Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pengambilan yang Ke-21 sebagai salah satu program
Single Special to Service (STS) dan juga peserta-peserta Kursus Asas Pertahanan Pangkalan.
Tujuan eksesais tersebut dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan menguji tahap pengetahuan Pegawai Kadet serta anggota-anggota kursus mengenai operasi asas pertahanan pangkalan. Selain itu, eksesais tersebut turut memberi pendedahan kepada Pegawai Kadet tentang tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Trup Pertahanan Pangkalan dimana mereka boleh mempraktikkan segala pembelajaran yang telah disampaikan selama program
STS dijalankan.
Latihan Anak Helang telah dilaksanakan dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah penyampaian taklimat dan hukuman dari Pegawai Memerintah yang disampaikan oleh Kapten (U) Mohammad Arieef bin Haji Osman, Ketua Trup
Support Weapon. Manakala peringkat kedua merangkumi tindakan, penyampaian arahan, dan perlaksanaan Pegawai Kadet sebagai Ketua Trup. Latihan ini turut dipantau oleh Mejar (U) Muhammad Adib bin Muhammad Abidin, Pegawai Memerintah Skuadron 236.
Secara keseluruhannya, Latihan Anak Helang telah berakhir dengan perlaksanaan yang baik dan telah mencapai tujuan Latihan. Latihan ini turut memberi peluang kepada Pegawai Kadet bagi mempraktikkan perintah dan kawalan sebagai Ketua Trup dan mempertingkatkan diri untuk menjadi Ketua dan pemimpin.