Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DOA KESYUKURAN CEREMONY TO COMMEMORATE RBAirF 58th ANNIVERSARY

RIMBA AIR FORCE BASE, Sunday, 23 June 2024 – In conjunction with Royal Brunei Air Force (RBAirF) 58th Anniversary, a Doa Kesyukuran Ceremony was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF attended the event with members of the RBAirF Executive Committee, Senior Officers, Officers and airmen and airwomen of RBAirF.

The event commenced with mass Maghrib Prayer and Sunat Hajat Prayer. Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali led the recital of Surah Yassin and Tahlil including the RBAirF 58th Anniversary Doa Kesyukuran. The event concluded with the mass Isya' Prayers.

The Doa Kesyukuran ceremony is held annually to show gratitude to Allah Subhanahu Wa Ta'ala for RBAiF's anniversary and to seek blessings and protection for the organisation. 


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TUDB KE-58

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad, 23 Jun 2024 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang Ke-58 tahun, Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB menghadiri acara tersebut bersama dengan Badan Eksekutif TUDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat. Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali kemudian mengepalai bacaan Surah Yaasin dan Tahlil termasuk Doa Kesyukuran sempena HUT TUDB ke-58. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu  Isya'.

Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan pada setiap tahun sempena Hari Ulang Tahun TUDB bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan untuk meminta rahmat dan perlindungan kepada organisasi ini.