Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NO. 2 WING CONDUCTED A LIVE FIRING RANGE WEEK AT BINTURAN FIRING RANGE

PENANJONG GARRISON, Friday, 08 March 2024 - No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted a Live Firing Range Week at the Binturan Firing Range Area, Penanjong Garrison from 04 to 08 March 2024.

Present as the Guest of Honour during the closing ceremony was Lieutenant Colonel (U) Mohammed Hairy Erwandy bin Raya, Commander of Operations Group, RBAirF. Also in attendance were Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer No. 2 Wing, acting as the host, and Lieutenant Colonel (U) Mohamad Fazley bin Hasabullah, Commanding Officer No. 1 Wing, as an invited guest. Also present were Officers and personnel of No. 2 Wing.

The program commenced with a safety briefing, followed by an introduction to the No. 2 Wing Range Week. It concluded with briefings on All Arms Air Defence (AAAD) Live Firing and M134 Mini Gun Aerial Gunnery Live Firing. Attendees were then escorted to the Field Firing Area (FFA), Binturan Range, to witness a demonstration of combined AAAD, HMG, and M134 Mini Gun Aerial Gunnery Live Firing Practice. For night shooting, the participant utilised MITS and ERICA systems for targeting purposes. This event involved the use of pyrotechnic ammunition, small arms weapons, and support weapons. Furthermore, No. 2 Wing showcased the latest drone radar technology known as Orion-D MP Generation 3 during the demonstration.

The primary objective of the range week was to enhance the confidence, proficiency, marksmanship skills, and competency levels of No. 2 Wing personnel in utilising various small arms and support weapons. Furthermore, the session provided an opportunity for individuals and teams to learn and practice organizing, managing, coordinating, and conducting various live firing exercises, including night shooting, within complex and common operating environments.


GABUNGAN PENEMBAKAN PELURU HIDUP SEMUA SENJATA PERTAHANAN UDARA DAN HEAVY MACHINE GUN SEMASA RANGE WEEK

PENANJONG GARISON, Juma'at, 08 March 2024 – Cawangan No.2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Minggu Padang Tembak Peluru Hidup berlangsung bermula 04 Mac sehingga 08 Mac 2024 bertempat di Kawasan Lapangan Sasar Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison.

Hadir sebagai Tetamu Kehormat untuk menyaksikan acara kemuncak Minggu Padang Tembak Peluru Hidup ialah Leftenan Kolonel (U) Mohammed Hairy Erwandy bin Raya, Pemerintah Kumpulan Gkn, TUDB. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2 selaku tuan rumah, Leftenan Kolonel (U) Mohamad Fazley bin Hasabullah, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 sebagai tetamu jemputan, dan pegawai-pegawai serta kakitangan dari Cawangan No. 2.

Program dimulakan dengan taklimat keselamatan, diikuti dengan penerangan mengenai latar belakang Minggu Padang Tembak Peluru Hidup Cawangan No. 2, dan diakhiri dengan taklimat Latihan Penembakan All Arms Air Defense (AAAD) dan taklimat mengenai Mini Gun M134 Aerial Gunnery Live Firing. Para tetamu jemputan dan hadirin kemudiannya dibawa ke Field Firing Area (FFA), Padang Tembak Lapang Sasar Binturan bagi menyaksikan demonstrasi latihan Penembakan M134 Gunnery dengan Latihan Penembakan AAAD dan HMG. Bagi penembakan pada waktu malam, peserta menggunakan system MITS dan ERICA bagi tujuan melihat sasaran. Selain itu, Cawangan No. 2 juga membuat demonstrasi teknologi radar dron terkini yang dikenali sebagai Orion-D MP generasi 3.

Minggu Padang Tembak Peluru Hidup bertujuan untuk meningkatkan keyakinan, kemahiran, kemahiran marksmanship, dan tahap kecekapan anggota Cawangan No. 2 terutamanya, anggota kombatant yang memiliki vokasyen pertahanan udara dan pangkalan. Selain itu, latihan ini juga memberi peluang kepada anggota cawangan ini untuk secara individu dan kolektif, belajar dan berlatih cara mengatur, mengurus, menyelaras dan menjalankan pelbagai amalan latihan penembakan peluru hidup, termasuk menembak malam dalam persekitaran operasi yang kompleks.