Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

FLYPAST FORMATION FOR HIS MAJESTY’S 78TH BIRTHDAY CELEBRATION

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 15 July 2024 – The nation celebrated His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 78th birthday with members of the Royal Family in an event held at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

The Royal Brunei Air Force (RBAirF) took to the skies over the Grand Parade in a spectacular arrow-head formation consisting of seven Sikorsky Blackhawk S70i aircraft which was led by Captain (U) Mohamad Aizat bin Jaimie. Trailing closely behind were two Airbus C295MW led by Major (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman as the inclusion of both aircraft marked an RBAirF achievement. The arrow-head formation illustrates the precise flying skills while operating in close proximity to showcase RBAirF excellence in aerial display.

The involvement of RBAirF personnel, including aircrew, ground coordinators, Flight Line Mechanics and engineers, in executing the flypast underscores the organization's unwavering resilience and professionalism. This dedication to upholding the core values of Service Above Self, Teamwork, and Excellence was vital in making the flypast a resounding success. As the culminating event of the Grand Parade in celebration of His Majesty's Birthday, the RBAirF Flypast not only honoured this special occasion but also showcased the exceptional commitment and capabilities of the RBAirF.


TERBANG LALU BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-78

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Julai 2024 – Negara Brunei Darussalam telah meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 bersama Kerabat-Kerabat Diraja bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) turut terlibat dengan Istiadat Perbarisan Kehormatan dengan upacara terbang lalu dalam formasi arrow-head yang terdiri daripada tujuh buah pesawat Sikorsky Blackhawk S70i yang diketuai oleh Kapten (U) Mohamad Aizat bin Jaimie. Turut serta adalah dua buah pesawat Airbus C295MW yang diketuai oleh Mejar (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman, menampilkan kedua-dua buah pesawat dan sekaligus membuat pencapaian baru bagi TUDB. Formasi arrow-head mencerminkan kemahiran penerbangan dalam jarak yang rapat, dan ini menunjukkan kecekapan TUDB dalam pertunjukkan udara.

Penglibatan anggota TUDB, termasuk anak kapal, Ground Coordinators, Flight Line Mechanics dan jurutera-jurutera dalam melaksanakan upacara terbang lalu menggariskan tahap yang tinggi bagi kedayatahanan dan profesionalisme organisasi. Dedikasi dalam menegakkan nilai-nilai teras TUDB, iaitu Komited, Kerjasama dan Cemerlang adalah penting dalam menjayakan upacara terbang lalu tersebut. Sebagai acara kemuncak bagi Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, TUDB bukan sahaja menunjukkan penghormatan bagi Istiadat tersebut, tetapi turut mempamerkan komitmen dan keupayaan yang tinggi TUDB.