Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF PERSONNEL EARNED THE LAST MAN STANDING TITLE

INDONESIA, Saturday, 17 August 2024 – Warrant Officer 2 (U) Mohd Azrul Muzri bin Haji Adnan brought great honour to the Sultanate by securing the esteemed title of “Last Man Standing" at the Bali Ultra Trail 2024. Competing as the only representative from both Brunei Darussalam and Borneo Island, Warrant Officer 2 (U) Mohd Azrul Muzri demonstrated exceptional physical and mental resilience in completing the 80-kilometer course, a true testament to his military training and discipline.

The Bali Ultra Trail is renowned for its demanding terrain, which tests even the most seasoned endurance athletes. In preparation for this intimidating challenge, Warrant Officer 2 (U) Mohd Azrul Muzri undertook an intensive training regimen, focusing on the preparation involved training with uphill and downhill elevation runs, covering a minimum of 200 to 300 meters of elevation per day over varying distances. This training was done five times a week and spanned 2 to 3 months before the competition took place.

Throughout the race, Warrant Officer 2 (U) Mohd Azrul Muzri faced significant obstacles, particularly dehydration, environment adaptability and navigation issues.

Looking to the future, Warrant Officer 2 (U) Mohd Azrul Muzri intends to continue his participation in international ultra-marathons, with the 75km Lam Dong Dalat Vietnam as his next goal. Additionally, he is committed to inspire fellow personnel to improve their running skills for better health and ongoing Individual Fitness Assessment (IFA) improvement.

Warrant Officer 2 (U) Mohd Azrul Muzri's achievement is not only a personal victory but also a demonstration of the core values upheld by the personnel of Royal Brunei Armed Forces, particularly Royal Brunei Air Force — always striving towards excellence. His success serves as an inspiration to his fellow servicemen and women, showing that with dedication and strategic preparation, even the most overwhelming challenges can be overcome.

RBAirF would like to congratulate Warrant Officer 2 (U) Mohd Azrul Muzri on his accomplishment in completing the Bali Ultra Trail 2024 and earning the title as “The Last Man Standing".


ANGGOTA TUDB DIGELAR “THE LAST MAN STANDING"

INDONESIA, Sabtu, 17 Ogos 2024 – Pegawai Waran 2 (U) Mohd Azrul Muzri bin Haji Adnan telah mengharumkan nama negara dengan memperolehi gelaran “Last Man Standing" di Bali Ultra Trail 2024. Bertanding sebagai satu-satunya wakil dari Brunei Darussalam dan juga Pulau Borneo, Pegawai Waran 2 (U) Mohd Azrul Muzri menunjukkan ketahanan fizikal dan mental yang luar biasa dalam menamatkan larian sejauh 80 kilometer telah jelas membuktikan latihan dan disiplin ketenteraan beliau.

Bali Ultra Trail terkenal dengan persekitaran yang mencabar, yang setentunya akan menguji setiap peserta termasuk yang berpengalaman. Sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran tersebut, Pegawai Waran 2 (U) Mohd Azrul Muzri telah menjalankan rejimen latihan intensif, dengan memberi tumpuan kepada persediaan melibatkan latihan dengan larian mendaki dan menuruni bukit, meliputi ketinggian minimum 200 hingga 300 meter sehari dalam jarak yang berbeza-beza. Latihan ini dilakukan lima kali seminggu dan berlangsung selama 2 hingga 3 bulan sebelum pertandingan berlangsung.

Sepanjang perlumbaan, Pegawai Waran 2 (U) Mohd Azrul Muzri berdepan halangan besar, khususnya masalah dehidrasi, kebolehsuaian persekitaran dan isu navigasi.

Bagi perancangan kehadapan, Pegawai Waran 2 (U) Mohd Azrul Muzri berhasrat untuk meneruskan penyertaannya dalam ultra-maraton antarabangsa, terutamanya pertandingan di Lam Dong Dalat Vietnam sejauh 75km menjadi sasaran seterusnya.

Selain itu, beliau komited untuk memberi inspirasi kepada rakan sekerja bagi meningkatkan kemahiran berlari untuk kesihatan yang lebih baik dan penambahbaikan yang berterusan bagi ujian kecergasan perseorangan (IFA).

Pencapaian Pegawai Waran 2 (U) Mohd Azrul Muzri adalah bukan sahaja kemenangan peribadi tetapi juga demonstrasi nilai-nilai teras yang dipegang oleh setiap anggota  Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, khususnya Tentera Udara Diraja Brunei — sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan. Kejayaannya menjadi inspirasi kepada rakan seperjuangan, menunjukkan bahawa dengan dedikasi dan persediaan strategik, cabaran yang paling mencabar dapat diatasi.

TUDB ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai Waran 2 (U) Mohd Azrul Muzri atas pencapaiannya dalam melengkapkan Bali Ultra Trail 2024 dan mendapat gelaran sebagai "The Last Man Standing".