Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

OPENING CEREMONY OF THE DIKIR MAULUD IN CONJUNCTION WITH THE MAULIDUR RASUL CELEBRATION 1446/2024

RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 04 September 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted the Ministry of Defence opening ceremony of Zikir Syarafil Anam in conjunction with Prophet Muhammad's (PBUH) birthday celebration at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).  The Dikir Maulud will be held continuously for 12 nights at all RBAF Suraus to further enliven the Maulidur Rasul celebration.

Present to grace the ceremony was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Acting Commander of the RBAF with the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Deputy Services Commanders, Acting Deputy Services Commander RBAF, Directors, officers, and the Ministry of Defence staff. The event also welcomed Yang Mulia Haji Awang Adnan bin A. Haji Bagol, Mukim Gadong A Penghulu, Yang Mulia Awang Haji Julkepli bin Haji Ibrahim, Kampong Kawasan 4 RPN Rimba Village Head and Yang Mulia Joeffry bin Hj Mohd Yassin, Kampong Kawasan 6 RPN Rimba Village Head.

The Dikir Maulud commenced with mass Maghrib Prayers followed by the recital of  Surah Nabawiyah, Sayyidul Istighfar and Dikir As-salammualaika following with the mass Isya' Prayers. The ceremony then proceeded with Selawat Badriyah, Dikir Dabaie, Dikir Marhaban, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam and concluded with Selawat Qiam, Surah Al-'Asr, Tasbih Kaffarah and Doa kepada Kedua Ibu Bapa.


MAJLIS PEMBUKAAN MALAM BERDIKIR SEMPENA MAULIDUR RASUL BAGI TAHUN 1446H/2024M

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 04 September 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menghoskan Majlis Pembukaan Zikir Syarafil Anam peringkat Kementerian Pertahanan bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Seperti lazimnya, Dikir Maulud tersebut akan dilaksanakan selama dua-belas (12) malam berturut-turut di seluruh surau-surau perkhemahan ABDB.

Pembukaan majlis malam dikir maulud telah dirasmikan oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemangku Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai serta Kakitangan Kementerian Pertahanan. Majlis turut menjemput Yang Mulia Haji Awang Adnan bin A. Haji Bagol, Penghulu Mukim Gadong A, Yang Mulia Awang Haji Julkepli bin Haji Ibrahim, Ketua Kampong Kawasan 4 RPN Rimba and Yang Mulia Joeffry bin Hj Mohd Yassin, Ketua Kampong Rimba Kawasan 6 RPN Rimba.

Dikir Maulud dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Nabawiyah dan bacaan Sayyidul Istighfar, Dikir As-salammualaika dan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah. Majlis diteruskan dengan Selawat Badriyah, Dikir Dabaie, Dikir Marhaban, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Selawat Qiam dan diakhiri dengan Surah Al-'Asr, Tasbih Kaffarah dan Doa Kedua Ibu Bapa.