RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 14 January 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Commander's Parade at Rimba Air Force Base, marking the year 2025 with an opportunity for the Commander of the Royal Brunei Air Force, Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, to address personnel and reaffirm the Air Force's mission and vision.
The parade began with the recitation of a doa and the singing of the national anthem, followed by the Commander's address. In his speech, the Commander urged all personnel to uphold the RBAirF's core values of “Service Above Self" and to take proactive steps in enhancing their roles, from operational readiness to administrative efficiency. His speech further highlighted the role of leadership in fostering collaboration and unity within the Air Force.
Colonel (U) Haji Haszahaidi also emphasised the importance of integrity, accountability, and teamwork as values that drive the success of the RBAirF. He remarked that the Air Force's achievements are not solely defined by the capabilities of its assets, but by the excellence and commitment of its personnel.
The parade concluded with the recitation of a doa for continued success and blessings, followed by a group photo session with the Commander and RBAirF personnel. The event marked another milestone in reinforcing the RBAirF's mission to safeguard Brunei Darussalam with professionalism and dedication.
PERBARISAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENEKANKAN NILAI DAN VISI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 14 Januari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Perbarisan Pemerintah di Pangkalan Tentera Udara Rimba, sebagai tanda permulaan tahun 2025 dengan peluang bagi Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, untuk menyampaikan perutusan kepada anggota bagi mengukuhkan misi dan visi Tentera Udara.
Perbarisan dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan, diikuti dengan ucapan daripada Pemerintah. Dalam ucapannya, Pemerintah TUDB menyeru semua anggota untuk menegakkan nilai teras TUDB, iaitu
“Service Above Self" serta mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan lagi peranan masing-masing, sama ada dari segi kesiapsiagaan operasi mahupun kecekapan pentadbiran. Beliau juga menekankan peranan kepimpinan dalam mendorong kerjasama dan memupuk kesatuan dalam kalangan warga TUDB.
Kolonel (U) Haji Haszahaidi juga menekankan kepentingan integriti, tanggungjawab, dan kerja berpasukan sebagai nilai yang memacu kejayaan TUDB. Beliau menyatakan bahawa kejayaan TUDB tidak hanya diukur melalui keupayaan aset-asetnya tetapi juga melalui kecemerlangan dan komitmen anggota-anggota.
Perbarisan tersebut diakhiri dengan bacaan doa bagi kejayaan dan keberkatan yang berterusan, diikuti dengan sesi bergambar ramai Pemerintah bersama anggota-anggota TUDB. Acara ini merupakan satu pencapaian penting dalam memperkukuhkan lagi misi TUDB untuk mempertahankan Negara Brunei Darussalam dengan profesionalisme dan dedikasi.