Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF PARTICIPATES SUPER GARUDA SHIELD 2024 MULTINATIONAL JOINT EXERCISE

SURABAYA, REPUBLIC OF INDONESIA, Friday, 06 September 2024 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) reached an important milestone by joining the first Staff Exercise (STAFFEX) for Super Garuda Shield 2024 Multinational Joint Exercise, held in Surabaya, Indonesia, from 26 August to 06 September 2024. Representing the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, collaborated with participants from 22 countries.

This exercise is the annual peak event for theater security cooperation between the Indonesian Defence Force (TNI) and the United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM). Other participating nations include Australia, Singapore, the United Kingdom, Canada, New Zealand, the Philippines, and Thailand.

Super Garuda Shield 2024 STAFFEX aims to strengthen military ties, enhance mission readiness, and improve operational-level tactical interoperability, focusing on efficient decision-making. Major (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman played an important role in shaping the exercise during the planning phase, using the U.S. Army Combined Arms Center's Military Decision-Making Process (Multi-national).

This marks a historic moment for the RBAF as it takes part in the first STAFFEX for Super Garuda Shield 2024 highlighting Brunei's commitment to regional security and its contribution to the Indo-Pacific region's stability and prosperity.​


PENYERTAAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DALAM LATIHAN BERSAMA MULTINASIONAL SUPER GARUDA SHIELD 2024

SURABAYA, REPUBLIK INDONESIA, Juma'at, 06 September 2024 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mencapai satu kejayaan dengan menyertai Latihan Bersama Multinasional Staff Exercise (STAFFEX) Super Garuda Shield 2024 yang pertama, yang diadakan di Surabaya, Indonesia, dari 26 Ogos hingga 06 September 2024. Mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ialah Mejar (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, serta peserta dari 22 buah negara.

Latihan ini merupakan acara kemuncak tahunan bagi ruang kerjasama sekuriti antara Tentara Negara Indonesia (TNI) dan United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM). Turut serta mengambil bahagian adalah negara-negara termasuk Australia, Singapura, United Kingdom, Kanada, New Zealand, Filipina dan Thailand.

Super Garuda Shield 2024 (STAFFEX) bertujuan untuk mengukuhkan hubungan ketenteraan, meningkatkan kesiapsiagaan misi, dan meningkatkan kebolehoperasian taktikal peringkat operasi, memfokuskan pada pembuatan keputusan yang cekap. Mejar (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman memainkan peranan penting dalam membentuk fasa perancangan latihan, menggunakan U.S. Army Combined Arms Center's Military Decision-Making Process (Multi-national) sebagai asas beliau.

Penglibatan ABDB dalam STAFFEX Super Garuda Shield 2024 yang pertama ini merupakan detik bersejarah bagi ABDB, yang menunjukkan komitmen Brunei terhadap keselamatan serantau serta sumbangannya kepada kestabilan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik.