Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE HELD MASJID ANGKAT UNIT TENTERA PROGRAMME IN CONJUNCTION OF DIKIR MAULUD 1446H

BALAI IBADAT KAMPONG MATA-MATA GADONG, Wednesday, 11 September 2024 – To commemorate the birth of Prophet Muhammad (PBUH) and express gratitude and love for the Prophet as well as to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta'ala, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a religious activity at Balai Ibadat Kampong Mata-Mata Gadong, Brunei and Muara district as part of the RBAF's Masjid Angkat Unit Tentera Program in conjunction of Dikir Maulud 1446 Hijrah.

Present at the event was Lieutenant Colonel (U) Mohd Anwar Shah bin Haji Napiah, Commanding Officer No. 3 Wing of RBAirF, officers and personnel of RBAirF and mosque congregation as well as residents of Kampong Mata-Mata Gadong.

The program commenced with mass Maghrib Prayers followed by the recital of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah. It then continued with Dikir As-salammualaika, Selawat Badriyah, Dikir Bisyahri, Selawat Tafrijiyah followed by mass Isyak Prayers, Dikir Dibaie, Dikir Marhaban, and closing doa.  

This program will be held continuously at different mosques in all districts with other activities planned throughout the month of Rabiulawal as an initiative to support the residents and mosque congregation with the religious activity.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN PROGRAM MASJID ANGKAT UNIT TENTERA SEMPENA DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 1446H

BALAI IBADAT KAMPONG MATA-MATA GADONG, Rabu, 11 September 2024 – Bagi memperingati kelahiran dan menzahirkan rasa syukur dan kasih ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam serta memohon berkah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Program Masjid Angkat Unit Tentera sempena Dikir Maulud 1446H di Balai Ibadat Kampong Mata-Mata Gadong, Daerah Brunei dan Muara.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Mohd Anwar Shah bin Haji Napiah, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 3, Kumpulan Gerakan TUDB, pegawai-pegawai dan anggota TUDB dan ahli-ahli masjid serta penduduk-penduduk kampung.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah. Majlis diteruskan dengan Dikir As-salammualaika, Selawat Badriyah, Dikir Bisyahri, Selawat Tafrijiyah, Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Dikir Dibaie, Dikir Marhaban dan Doa Penutup.

Program Masjid Angkat Unit Tentera ini akan diteruskan dan dilaksanakan di beberapa masjid di semua Daerah dengan pelaksanaan pelbagai acara sepanjang bulan Rabiulawal sebagai inisiatif dalam mendokong aktiviti berdikir bersama dengan penduduk dan Jemaah Masjid.