Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

UKHUWAH MAULIDUR RASUL PROGRAMME WITH OTHER GOVERNMENT AGENCIES IN SURAU AL-BARAKAH, RIMBA AIR BASE

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 12 September 2024 – As an expression of gratitude and love to Prophet Muhammad (PBUH) as well as seeking blessing from Allah Subhanahu Wa Ta'ala, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted the Ukhuwah Maulidur Rasul Programme Dikir Maulud 1446H in collaboration with Royal Customs & Excise Department and Department of Immigration and National Registration at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

The event was attended by representatives from RBAirF Operations and Training Group together with representatives from Royal Customs & Excise Department and Department of Immigration and National Registration.

The Dikir Maulud commenced with mass Maghrib prayers followed by recital of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah then Sirah Nabawiyah. The event then continued with Dikir Syarafil Anam followed by mass Isya' Prayers, Selawat Badriyah, Dikir Dibaie, Dikir Marhaban and concluded with Prayer for His Majesty and the country.

The Dikir Maulud has been held at all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Suraus in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) from 04 September 2024 and will conclude on 16 September 2024.


PROGRAM UKHUWAH MAULIDUR RASUL BERSAMA KEMENTERIAN LUAR DI SURAU AL-BARAKAH, PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 12 September 2024 – Dalam menzahirkan tanda kesyukuran dan kasih kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad (SAW) serta memohon rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menganjurkan Program Ukhuwah Maulidur Rasul Dikir Maulud 1446H dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Majlis tersebut dihadiri oleh wakil daripada Kumpulan Gerakan dan Latihan TUDB dan wakil dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah serta Sirah Nabawiyah. Acara kemudian diteruskan dengan Dikir Syarafil Anam diikuti dengan Solat Isya' berjemaah, Selawat Badriyah, Dikir Dibaie, Dikir Marhaban dan diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Dikir Maulud ini telah diadakan di kesemua Surau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad (SAW) yang bermula dari 04 September 2024 dan akan berakhir pada 16 September 2024.