Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF PARTICIPATES IN 11th ASEAN AIR FORCE EDUCATION AND TRAINING WORKING GROUP (AAAFET-WG) 2024

​CAMBODIA, Monday, 16 September 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the 11th ASEAN Air Force Education and Training Working Group (AAFET-WG) meeting, held from 13 September 2024 to 15 September 2024, in Siem Reap, Cambodia. Cambodian Air Force hosted this year's meeting, which was officiated by Major General Som Yom, Chairman of the 11th AAFET-WG.

The meeting was attended by Air Forces from 10 ASEAN member countries and the RBAirF was represented by Major (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin, Commanding Officer of No. 7 Wing, Training Group RBAirF, and Major (U) Mohammad Alli Farid bin Ibrahim, Staff Officer Grade II, A7 RBAirF Headquarter.

This year's theme, “Training and Education Exchanges Towards Peace and Development Among ASEAN Air Forces", focused on exploring various means and methods to enhance productivity and training within ASEAN Air Forces. The RBAirF delegation shared key mechanisms adopted by their organisation to promote ASEAN training partnerships, including ASEAN-level engagements, Air Working Groups, multilateral and bilateral exercises, as well as training and professional exchanges.

The three-day meeting provided an opportunity for ASEAN Air Forces to exchange knowledge on education and training. Through this platform, all air forces agreed on the way forward in enhancing the value of existing training platforms and expanding such arrangements. The RBAirF remains steadfast in its commitment and dedication to ASEAN-level engagements, particularly in the areas of training and education.


TUDB MENYERTAI MESYUARAT KUMPULAN KERJA KE-11 ASEAN AIR FORCE EDUCATION AND TRAINING (AAFET-WG) 2024

KEMBOJA, Isnin, 16 September 2024 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menghadiri 11th ASEAN Air Force Education and Training Working Group (AAFET-WG) yang diadakan dari 13 September 2024 hingga 15 September 2024 di Siem Reap, Kemboja. Mesyuarat tahun ini dianjurkan oleh Tentera Udara Kemboja dan dirasmikan oleh Mejar Jeneral Som Yom, Pengerusi 11th AAFET-WG.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Tentera Udara dari 10 negara anggota ASEAN dan TUDB telah diwakili oleh Mejar (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin, Pegawai Pemerintah Cawangan No.7, Kumpulan Latihan TUDB, dan Mejar (U) Mohammad Alli Farid bin Ibrahim, Pegawai Staf Gred II, Pejabat A7, Markas TUDB.

Tema mesyuarat tahun ini, Training and Education Exchanges Towards Peace and Development Among ASEAN Air Forces, menumpukan kepada pelbagai cara dan kaedah untuk meningkatkan produktiviti dan latihan di kalangan Tentera Udara ASEAN. Delegasi TUDB berkongsi mekanisme utama yang diterapkan oleh organisasi TUDB untuk meningkatkan kerjasama latihan ASEAN, termasuk penglibatan di peringkat 

ASEAN, Kelompok Kerja Udara, latihan multilateral dan bilateral, serta pertukaran latihan dan profesional.

Mesyuarat selama tiga hari tersebut memberikan peluang kepada Tentera Udara ASEAN untuk bertukar ilmu berkaitan pendidikan dan latihan. Melalui landasan ini, semua Tentera Udara telah bersetuju mengenai langkah ke hadapan dalam meningkatkan nilai latihan sedia ada serta memperluaskan kerjasama sedemikian. TUDB terus komited dan berdedikasi, terutamanya dalam penglibatan di peringkat ASEAN, khususnya dalam bidang latihan dan pendidikan.