LEGAZPI, PHILIPPINES, Friday, 01
November
2024 – The deployment of the second Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Humanitarian and Disaster Relief (HADR) team of 20 crew members and two Royal Brunei Air Force (RBAirF) Blackhawk S70i helicopters, has safely arrived yesterday at Tactical Operations Group 5 (TOG 5), old Legazpi Airport. Greeted by Colonel Romulo Y Dilag, Group Commander of TOG 5, PAF (MNSA), the team immediately received a comprehensive briefing on the current situation and mission objectives to prepare them to initiate operations promptly.
The Blackhawk S70i helicopters are set to play a crucial role in delivering essential supplies, including food, water, and medical assistance, to communities in the Bicol region affected by Tropical Storm Kristine. The RBAF team will collaborate closely with the Philippine Air Force (PAF) to assess needs and coordinate logistics, ensuring that aid reaches those most in need swiftly and efficiently. This mission exemplifies the RBAF's commitment to regional solidarity and humanitarian support in times of crisis.
The journey of the RBAirF Blackhawk S70i involved multiple stopovers for refuelling, including an overnight stay at the Edwin Andrews Airbase, Zamboanga City, ensuring the safe transportation of personnel and equipment to support relief operations. During the layover, the team was received by Colonel Christopher B. Pablo PAF, Group Commander of the 530th Air Base Group.
PASUKAN KEDUA ABDB TIBA DI LEGAZPI UNTUK OPERASI BANTUAN BANJIR TROPIKA KRISTINE
LEGAZPI, FILIPINA, Juma'at 01 November 2024 – Penghantaran pasukan kedua Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi bantuan kemanusiaan dan bencana, yang terdiri daripada 20 anggota menggunakan dua pesawat Blackhawk S70i TUDB, telah tiba dengan selamat semalam di TOG 5 di Lapangan Terbang Lama Legazpi. Perjalanan melibatkan beberapa persinggahan bagi pengisian bahan bakar, termasuk bermalam di bandar Zamboanga, untuk memastikan pengangkutan yang selamat bagi anggota dan peralatan dalam usaha operasi bantuan. Semasa ketibaan di Pangkalan Udara Edwin Andrews di Zamboanga, pasukan telah disambut oleh Kolonel Christopher B. Pablo PAF,
Group Commander of the 530th Air Base Group.
Setibanya di TOG 5, di Lapangan Terbang Lama Legazpi, pasukan kedua ABDB bagi bantuan kemanusiaan dan bencana telah disambut oleh Kolonel Romulo Y Dilag, Pemerintah Kumpulan Operasi Taktikal 5, Tentera Udara Filipina (MNSA) dan menerima taklimat lengkap mengenai keadaan cuaca semasa, situasi di lapangan, dan objektif misi, dalam persiapan untuk memulakan operasi dengan segera. Kedua-dua pesawat Blackhawk S70i akan memainkan peranan penting dalam menyampaikan bekalan penting, termasuk makanan, air, dan bantuan perubatan, kepada komuniti di wilayah Bicol yang terjejas oleh banjir Tropika Kristine.
Pasukan penugasan kedua akan bekerjasama rapat dengan Tentera Udara Filipina (PAF) dalam menilai keperluan dan koordinasi logistik bagi memastikan bantuan tiba ke tempat yang memerlukan dengan cepat dan efisien. Misi ini mencerminkan komitmen ABDB terhadap solidariti serantau dan sokongan bantuan kemanusiaan pada masa krisis.