RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 19 November 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a two-day Welfare Symposium dedicated for the airmen and airwomen from 18 to 19 November 2024, at Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF, officiated the event with his opening remarks, emphasising the RBAirF commitment as a supportive and resilient organisation, to prioritise personnel welfare and recognizing that their well being is integral to operational effectiveness and mission success.
The symposium, themed "Kekayaan Jiwa, Keluarga Harmoni, Celik Kewangan", aims to increase the awareness on mental health, family prosperity and financial management. It brought together representatives from various departments of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) that includes PRIHATIN Centre, RBAF Religious Directorate (JAMAAT), Judge Advocate General (JAG) Office, Logistic Directorate as well as Financial Planning Association of Brunei Darussalam (FPAB) to cover on the importance of financial management. The question-and-answer session was the highlight of the symposium where it allowed participants to engage with panellists and discuss in detail the issues raised.
In his closing remarks, the Guest of Honour emphasised the significant role of PRIHATIN Centre in supporting RBAF personnel over the years. He also commended the centre's steadfast commitment and highlighted the importance of financial literacy and management in building resilience and ensuring a high standard of living for military members and their families.
The Welfare Symposium concluded with a dedicated session for the airwomen, themed
“Soaring High: The Unseen Strength of Women in the Military Air Force." The session featured esteemed speakers, including Major Dk (Dr) Nurhayatul Filzah binti Pg Damit, Alisa Lau Hui Na, and Haji Mohammad Zulfan Farhi bin Haji Sulaini from Performance Optimisation Centre (POC) who shared their insights and reliable ways to improve Mental Health.
The RBAirF Welfare Symposium 2024 was a remarkable success, serving as a platform for meaningful knowledge exchange, fostering stronger connections among participants, and reaffirming the commitment to cultivating a harmonious and thriving RBAirF community. The insights and lessons shared throughout the event are expected to empower attendees to elevate their quality of life, strengthen family relationships, and make positive contributions to their professional and personal environments.
SIMPOSIUM KEBAJIKAN TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 19 November 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Simposium Kebajikan selama dua hari yang dikhususkan untuk anggota lelaki dan wanita TUDB dari 18 hingga 19 November 2024, bertempat di Pangkalan Udara Rimba (PTU Rimba).
Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, merasmikan acara tersebut dengan ucapan pembukaan beliau yang menekankan komitmen TUDB sebagai sebuah organisasi yang menyokong dan berdaya tahan, untuk mengutamakan kebajikan anggota serta mengakui bahawa kesejahteraan mereka adalah penting bagi keberkesanan operasi dan kejayaan misi.
Simposium yang bertemakan "Kekayaan Jiwa, Keluarga Harmoni, Celik Kewangan" ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental, kesejahteraan keluarga, dan pengurusan kewangan. Ia mengumpulkan wakil-wakil daripada pelbagai jabatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Pusat PRIHATIN, Jabatanarah Agama ABDB (JAMAAT), Pejabat Perundangan Tentera, Jabatanarah Logistik, serta Persatuan Perancangan Kewangan Brunei Darussalam untuk membincangkan kepentingan pengurusan kewangan. Sesi soal jawab menjadi tumpuan utama simposium ini kerana ia membolehkan para peserta berinteraksi dengan panelis dan membincangkan isu-isu yang dibangkitkan secara terperinci.
Dalam ucapan penutupnya, Tetamu Kehormat menekankan peranan penting Pusat PRIHATIN dalam menyokong anggota ABDB selama ini. Beliau juga memuji komitmen teguh pusat tersebut dan menekankan kepentingan celik kewangan serta pengurusan kewangan dalam membina ketahanan dan memastikan kualiti hidup yang tinggi bagi anggota tentera dan keluarga mereka.
Simposium Kebajikan ini diakhiri dengan sesi khas untuk anggota wanita TUDB bertemakan “Soaring High: The Unseen Strength of Women in the Military Air Force." Sesi ini menampilkan penceramah yang dihormati, termasuk Mejar Dk (Dr) Nurhayatul Filzah binti Pg Damit, Alisa Lau Hui Na, dan Haji Mohammad Zulfan Farhi bin Haji Sulaini dari Pusat Optima Kecergasan Tentera (POKT) yang berkongsi pandangan serta kaedah yang berkesan untuk memperbaiki kesihatan mental.
Simposium Kebajikan TUDB 2024 telah berjaya menjadi platform untuk perkongsian ilmu yang bermakna, memperkukuh hubungan antara peserta, serta menegaskan komitmen untuk memupuk komuniti TUDB yang harmoni dan berkembang maju. Pandangan dan pelajaran yang dikongsi sepanjang acara ini dijangka dapat memperkasakan para peserta untuk meningkatkan kualiti hidup mereka, memperkukuhkan hubungan keluarga, serta memberi sumbangan positif kepada persekitaran profesional dan peribadi mereka.