Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE RBAirF LAUNCHES INNOVATIVE DIGITAL PLATFORM FOR ENHANCED LOGISTICS

RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 28 January 2025 - The Air Force Domestic Logistics System (ADLS), an innovative in-house digital platform, was officially launched at No. 4 Wing by Colonel (U) Haji Haszahaidi Bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF).

Developed jointly by Information Technology Development (ITD) and the Air Engineering Unit (AEU) of No. 5 Wing, ADLS revolutionises inventory management processes in 41 Squadron, No. 4 Wing. The key features of ADLS enable centralised inventory data for enhanced accountability, traceability, and transparency. The system also streamlines operations for improved efficiency and reduced manual processes.

The launch of ADLS marks a significant milestone in the RBAirF's ongoing digital transformation efforts. In attendance to witness the launch of the ADLS were the Acting Director of the Centre of Science and Technology Research and Development, Commander Support Group, RBAirF senior officers, and invited guests from the Ministry of Defence (MINDEF) and RBAirF.

Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Commanding Officer of No. 4 Wing, emphasised the critical role of technology in modern air forces, highlighting the need for robust logistics systems that facilitate swift planning and decision-making to support operations. The attendees were also provided with a briefing on the ADLS by Aidee Suherman bin Hj Suhaili, the system's main developer from Information Technology Development (ITD).

This initiative underscores the RBAirF's commitment to adopting innovative solutions to optimize logistics efficiency and meet the demands of a modern air force. This effort aligns with the nation's vision of becoming a Smart Nation, further cementing its dedication to technological advancement and operational excellence.


TUDB MELANCARKAN PLATFORM DIGITAL INOVATIF UNTUK PENINGKATAN LOGISTIK

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 28 Januari 2025 - Sistem Logistik Domestik Tentera Udara (ADLS), sebuah platform digital inovatif yang ditubuhkan oleh unit sendiri, telah dilancarkan secara rasmi di Cawangan No. 4 oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi Bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Dibangunkan secara bersama oleh Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (ITD) dan Unit Kejuruteraan Udara (AEU) dari Cawangan No. 5, ADLS merevolusikan proses pengurusan inventori di Skuadron 41, Cawangan No. 4. Ciri-ciri utama ADLS termasuk data inventori yang berpusat untuk meningkatkan kebertanggungjawaban, kebolehkesanan, dan ketelusan. Sistem ini juga mempermudah operasi untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan proses secara manual.

Pelancaran ADLS menandakan satu pencapaian penting dalam usaha transformasi digital TUDB yang berterusan. Hadir sama untuk menyaksikan pelancaran ADLS adalah Pemangku Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan Teknologi, Pemerintah Kumpulan Bantu, Pegawai Kanan TUDB, dan tetamu jemputan dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta TUDB.

Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4, menekankan peranan penting teknologi dalam tentera udara moden, dengan menyoroti keperluan sistem logistik yang kukuh untuk memudahkan perancangan dan pembuatan keputusan yang pantas bagi menyokong operasi. Para jemputan juga diberikan taklimat mengenai ADLS oleh Aidee Suherman bin Haji Suhaili, pembangun utama sistem ini dari Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (ITD).

Inisiatif ini menonjolkan komitmen TUDB dalam mengadaptasi penyelesaian inovatif untuk mengoptimumkan kecekapan logistik dan memenuhi keperluan tentera udara yang moden. Usaha ini sejajar dengan visi negara untuk menjadi sebuah negara Smart Nation, sekali gus memperkukuhkan dedikasinya terhadap kemajuan teknologi dan kecemerlangan operasi.