RIMBA AIR FORCE BASE,
Friday, 31 January 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) strengthened its commitment to professional excellence in logistics with the presentation of Supply Vocation Badges to qualified personnel of No. 4 Wing, Support Group. The ceremony was officiated by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Commanding Officer of No. 4 Wing.
The Supply Vocation Badge symbolises logistics proficiency, awarded upon the successful completion of the Basic Logistics Course, qualifies them to undertake critical logistics functions in support of RBAirF operations. By equipping its personnel with specialised expertise, the RBAirF continues to strengthen its logistics framework, ensuring seamless operational support.
The ceremony was attended by officers, Squadron Sergeant Majors, senior ranks, and junior ranks from No. 4 Wing, Support Group, who gathered to witness and celebrate this accomplishment.
The RBAirF extends its congratulations to all awardees for their commitment and perseverance. Their achievement underscores the organisation's emphasis on continuous professional development, reinforcing the role of logistics as a cornerstone of operational readiness and mission success.
LIMA ANGGOTA CAWANGAN NO. 4
DIANUGERAHKAN LENCANA VOKASI BEKAL
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Juma'at, 31 Januari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) memperteguhkan komitmennya terhadap kecemerlangan profesional dalam bidang logistik dengan penganugerahan Lencana Vokasi Bekal kepada anggota yang berkelayakan dari Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu, TUDB. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4.
Lencana Vokasi Bekal melambangkan tahap kecekapan dalam bidang logistik, dianugerahkan kepada anggota yang berjaya menamatkan Kursus Asas Logistik, melayakkan mereka untuk melaksanakan tugas logistik yang kritikal dalam menyokong operasi TUDB. Dengan melengkapkan anggota dengan kepakaran khusus, TUDB terus memperkukuhkan sistem logistiknya, memastikan sokongan operasi yang lebih cekap dan tersusun.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai, para Sarjan Mejar Skuadron, PTB-PTB Kanan dan Rendah dari Cawangan No. 4, bagi bersama-sama menyaksikan serta meraikan kejayaan ini.
TUDB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima atas komitmen dan ketekunan mereka. Pencapaian ini mengukuhkan lagi penekanan organisasi terhadap pembangunan profesional yang berterusan, sekali gus menegaskan peranan logistik sebagai tonggak kesiagaan operasi dan kejayaan misi.