BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 23 February 2025 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family, has consented to grace Brunei Darussalam's 41st National Day Celebration Grand Assembly with citizens and residents of the country at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
The Royal Brunei Air Force (RBAirF) proudly took part in the 41st National Day celebration of Brunei Darussalam, held at Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. This year's theme,
“Bersatu Mencapai Cita Negara" or
“United in Achieving the Nation's Aspirations", highlights the collective effort and unity required to realise the nation's aspirations.
A key feature of RBAirF's participation was the aerial flypast, demonstrating the operational capabilities and precision of its aircraft in a synchronised formation over the capital. This display served as a testament to the air force's readiness and its role in protecting Brunei Darussalam's airspace.
Additionally, 177 RBAirF officers and personnel took part in the National Day parade, representing the air force in various vocations. From administrative roles to specialised operations the RBAirF presence was distinguished by a diverse range of uniforms, reflecting the breadth of RBAirF's operational functions. This representation underscored the professionalism, discipline, and commitment of the RBAirF in supporting national defence and security.
As Brunei Darussalam progresses towards its national vision, the RBAirF remains steadfast in its mission to uphold the nation's sovereignty and contribute to national development. Beyond its defence commitments, the air force continues to play a crucial role in humanitarian assistance, disaster relief, and operational support, reinforcing its dedication to the safety and well-being of the nation.
The RBAirF's participation in this year's National Day celebrations reaffirms its commitment to
Bersatu Mencapai Cita Negara—working in unity to achieve the nation's ambitions through excellence, service above self, and unwavering dedication to Brunei Darussalam.







TUDB SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-41
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Februari 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berserta Ahli-ahli Kerabat Diraja, telah berkenan berangkat ke upacara perhimpunan agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-41 bersama rakyat dan penduduk negara ini di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan penuh kebanggaan telah mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 yang berlangsung di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Bertemakan
“Bersatu Mencapai Cita Negara", tema tahun ini menekankan pentingnya usaha kolektif dan perpaduan dalam merealisasikan aspirasi negara.
Salah satu sorotan utama penglibatan TUDB dalam sambutan ini ialah
Aerial Flyplast, yang mempamerkan keupayaan operasi dan ketepatan pesawat TUDB dalam formasi yang tersusun di ruang udara bandar. Persembahan ini melambangkan kesiapsiagaan TUDB serta peranannya dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan ruang udara Negara Brunei Darussalam.
Disamping itu, seramai 177 pegawai dan anggota TUDB turut mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Kebangsaan, mewakili unit tentera udara dalam pelbagai bidang. Dari peranan pentadbiran hingga operasi khusus, kehadiran TUDB diserikan dengan kepelbagaian uniform yang mencerminkan keluasan fungsi operasi TUDB. Penyertaan ini menzahirkan profesionalisme, disiplin, dan komitmen TUDB dalam menyokong pertahanan dan keselamatan negara.
Seiring dengan kemajuan Negara Brunei Darussalam dalam mencapai wawasan negara, TUDB kekal teguh dalam misinya untuk mempertahankan kedaulatan negara serta menyumbang kepada pembangunan nasional. Selain tanggungjawab pertahanan, TUDB juga memainkan peranan penting dalam bantuan kemanusiaan, operasi bencana, dan sokongan operasi, sekali gus memperkukuhkan dedikasinya terhadap keselamatan dan kesejahteraan negara.
Penyertaan TUDB dalam Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini mengukuhkan lagi komitmennya terhadap
Bersatu Mencapai Cita Negara—bersama-sama mencapai aspirasi negara melalui kecemerlangan, keutamaan kepada tugas dan tanggungjawab, dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada Negara Brunei Darussalam.






