BANDAR SERI BEGAWAN, SUNDAY, 23 FEBRUARY 2025 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has graciously consented to commemorate the 41st National Day in unity with the citizens and residents of the nation. Accompanied by members of the Royal Family, His Majesty will grace the celebration at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, reflecting the enduring spirit of patriotism and national solidarity.
The 41st National Day Celebration Grand Assembly was further enlivened by a flypast consisting of four Blackhawk S-70i helicopters flying in diamond formation led by Captain (U) Muhammad Nazmi bin Dato Paduka Haji Mohd Shahminan and an Airbus C295MW captained by Major (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman.
The involvement of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) in the flypast included aircrew from both 11 Squadron and 15 Squadron, personnel from 51 Squadron and 55 Squadron, as well as the Ground Coordinator Team. The combined effort of the personnel involved culminated in the success of formation flypast, upholding the core values of the RBAirF: 'Service Above Self', 'Teamwork' and 'Excellence'.


TERBANG LALU TUDB SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-41
BANDAR SERI BEGAWAN, AHAD, 23 FEBRUARI 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berkenan berangkat bercemar duli bersama dengan ahli-ahli Kerabat Diraja bagi menyertai rakyat dan penduduk negara dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-41 yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Sambutan Upacara Hari Kebangsaan yang ke-41 ini dimeriahkan lagi dengan pertunjukan terbang lalu daripada empat buah pesawat helikopter Blackhawk S-70i dalam formasi
diamond yang diketuai oleh Kapten (U) Muhammad Nazmi bin Dato Paduka Haji Mohd Shahminan dan sebuah pesawat Airbus C295MW dengan Mejar (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman sebagai kapten pesawat.
Penyertaan anggota-anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) terdiri daripada Juruterbang dan anak buah pesawat daripada 11 Skuadron dan 15 Skuadron, anggota 51 Skuadron dan 55 Skuadron serta penyelaras terbang lalu. Usaha gigih serta profesionalisme daripada semua anggota yang terlibat dalam menjayakan pertunjukan terbang lalu ini mencerminkan nilai-nilai teras TUDB iaitu
Service Above Self, Teamwork, dan
Excellence.
