BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 10 March 2024 -
The Royal Brunei Air Force (RBAirF) reaffirmed its commitment to spiritual enrichment and community service through the implementation of the Cemetery Cleaning Campaign, as part of the Ihya Ramadhan 1446H/2025M Programme. This initiative was conducted simultaneously across four key locations: Kianggeh Muslim Cemetery, Jame' Asr Hassanil Bolkiah Cemetery, Serai Pimping Muslim Cemetery, and Limpaki Muslim Cemetery.
The event at Kianggeh Muslim Cemetery was attended by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of RBAirF. Also present at their respective locations were RBAirF Board of Executive members, Senior Officers, Officers, RBAirF personnel, and family members of the departed.
The programme commenced with a cemetery cleaning campaign, followed by the recital of Surah Yassin, Tahlil, and Doa Arwah, dedicated to the departed personnel of RBAirF. The event concluded with the pouring of air asah-asahan over selected graves.
This initiative underscores RBAirF's commitment to fostering spiritual development, strengthening camaraderie among its personnel, and reinforcing a culture of giving back to society. The programme serves as a testament to RBAirF's dedication to upholding values of compassion and service, in alignment with its broader responsibilities to religion, people, and nation.






PROGRAM IHYA RAMADHAN 1446H/2025M TUDB:
KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Mac 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) terus memperkukuhkan nilai kebajikan dan kerohanian dalam kalangan anggotanya dengan melaksanakan Kempen Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan, sebagai sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan 1446H/2025M. Inisiatif ini telah dijalankan secara serentak di empat lokasi utama, iaitu Tanah Perkuburan Islam Kianggeh, Tanah Perkuburan Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Tanah Perkuburan Islam Serai Pimping, dan Tanah Perkuburan Islam Limpaki.
Hadir menyertai program ini di Tanah Perkuburan Islam Kianggeh ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut serta di lokasi masing-masing ialah ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota TUDB, serta ahli keluarga anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah.
Acara ini dimulakan dengan kempen kebersihan kawasan tanah perkuburan, diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah yang didedikasikan khusus bagi
anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah. Program ini diakhiri dengan menyiram air asah-asahan di beberapa pusara terpilih.
Pelaksanaan program ini sejajar dengan komitmen TUDB dalam memperkasakan pembangunan rohani dan mempereratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggotanya. Di samping itu, program ini juga bertujuan memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat, selaras dengan nilai kebajikan dan ihsan yang menjadi asas kekuatan TUDB dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.



