Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF HOSTS GALA NIGHT DINNER IN CELEBRATION OF ITS 59TH ANNIVERSARY

BERAKAS, Wednesday, 25 June 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) continued its 59th Anniversary celebration with a Gala Night Dinner held in Berakas. The evening brought together RBAirF officers, personnel, and their spouses in a vibrant display of unity, camaraderie and institutional pride.

Present as the Guest of Honour was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, accompanied by his spouse, Hajah Rosnah binti Haji Matamit.

The celebration commenced with a group photo session, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah. The highlight of the opening segment was a speech delivered by the Commander of the RBAirF, in which he expressed his appreciation to all RBAirF personnel for their commitment, discipline, and achievements throughout the year. He highlighted notable accomplishments across professional development, operational readiness, and sports—including regional and international recognitions in executive programmes, cyber defence, and military competitions—while also acknowledging the steadfast support of families behind every success. The Commander also extended special thanks to the organising committee and mess representatives for their efforts in making the celebration a success.

In a symbolic gesture to mark nearly six decades since the establishment of the RBAirF in 1966, a cake-cutting ceremony featuring the official 59th Anniversary logo was also held. The event was then followed with the recitation of Doa by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher.

While dinner was served, the guests were entertained with performances by RBAirF officers and personnel as well as rounds of lucky draws.

The Gala Night not only served as a celebration of the RBAirF's enduring legacy and accomplishments but also strengthened the bonds among its people, fostering a sense of belonging and collective pride. The event was a memorable occasion that honoured the past, celebrated the present, and inspired the future of the Royal Brunei Air Force.


TUDB MENGANJURKAN MAJLIS MAKAN MALAM GALA SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-59

BERAKAS, Rabu, 25 Jun 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) meneruskan sambutan Hari Ulang Tahun ke-59 dengan Majlis Makan Malam Gala yang berlangsung di Berakas. Majlis ini menghimpunkan pegawai-pegawai, anggota TUDB serta pasangan masing-masing dalam suasana penuh muhibah, kebersamaan dan semangat bangga berorganisasi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, bersama isteri, Hajah Rosnah binti Haji Matamit.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar beramai dan disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Ucapan daripada Pemerintah TUDB. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga TUDB atas komitmen, disiplin dan pencapaian yang telah dikecapi sepanjang tahun. Beliau turut menyentuh pencapaian cemerlang dalam bidang pembangunan profesional, kesiapsiagaan operasi serta kejayaan sukan di peringkat serantau dan antarabangsa. Beliau tidak lupa merakamkan penghargaan kepada keluarga anggota yang sentiasa menjadi tulang belakang kekuatan TUDB, serta kepada ahli jawatankuasa penganjur dan wakil mes atas usaha dan dedikasi dalam menjayakan majlis sambutan kali ini.

Sebagai simbolik memperingati hampir enam dekad penubuhan TUDB sejak tahun 1966, majlis turut menyaksikan upacara memotong kek yang memaparkan logo rasmi HUT ke-59 TUDB. Bacaan doa kemudiannya dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.

Sewaktu jamuan makan malam, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada pegawai dan anggota-anggota TUDB, diikuti dengan sesi cabutan bertuah yang memeriahkan lagi suasana.

Majlis Makan Malam Gala ini bukan sahaja menjadi wadah meraikan warisan dan pencapaian TUDB, tetapi juga memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warganya, sekaligus menyemai rasa bangga dan semangat berpasukan. Ia merupakan satu kenangan bermakna yang menghargai jasa lalu, meraikan kejayaan kini dan menyuntik inspirasi ke arah masa depan TUDB yang lebih gemilang.