BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 26 June 2025 – In conjunction with the Royal Brunei Air Force (RBAirF) 59th Anniversary, a Cemetery Cleaning Campaign and Tahlil Recitation were held at several locations across Brunei Darussalam in remembrance and appreciation for the loyal service and sacrifices of those who had once served under Royal Brunei Air Force.
The campaign was conducted simultaneously at three Muslim cemeteries, Kianggeh Cemetery, Pulaie Cemetery, Rangas Cemetery and Lampaki Cemetery with participation from RBAirF personnel comprising officers and airmen.
At the Kianggeh Muslim Cemetery, the event was attended by Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohamad Said, Deputy Commander of the Royal Brunei Air Force, accompanied by senior officers, officers, and other personnel.
The campaign reflects the RBAirF's continued commitment to honouring its past members, upholding military traditions, and instilling values of respect, unity, and spiritual reflection among its serving personnel.
.jpeg)
.jpeg)




KEMPEN KEBERSIHAN DAN BACAAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TUDB KE-59
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Jun 2025 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang ke-59, satu Kempen Kebersihan Tanah Perkuburan dan bacaan Tahlil telah diadakan di beberapa lokasi sekitar Brunei Darussalam bagi memperingati dan mengenang jasa anggota-anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah.
Kempen ini telah dijalankan serentak di tiga buah Tanah Perkuburan Islam, iaitu Tanah Perkuburan Kianggeh, Tanah Perkuburan Pulaie, Tanah Perkuburan Rangas dan Tanah Perkuburan Lampaki dengan penyertaan daripada pegawai dan anggota TUDB.
Di Tanah Perkuburan Islam Kianggeh, acara tersebut telah dihadiri oleh Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohamad Said, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, bersama pegawai-pegawai kanan serta warga TUDB lainnya.
Aktiviti ini merupakan satu wadah untuk menyampaikan penghargaan dan penghormatan kepada bekas anggota TUDB atas khidmat bakti serta pengorbanan mereka sepanjang perkhidmatan. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam menghayati nilai-nilai ketenteraan, memperkukuh semangat perpaduan dan menyemai keinsafan rohani dalam kalangan anggotanya.


.jpeg)
.jpeg)