RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 04 July 2025
– The closing ceremony for the Flight Line Mechanic (FLM) Intermediate Course and Instructional Technique (IT) Course was conducted at 75 Squadron, No. 7 Wing, Training Group. Lieutenant Colonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Commandant of Training Group, attended the event as the Guest of Honour.
A total of four trainees successfully completed the FLM course, while twelve trainees completed the IT course. This comprehensive five-week course, held from 3 June to 4 July 2025, has significantly contributed to enhancing the operational capabilities of support squadrons within the Royal Brunei Air Force (RBAirF). The courses aimed to equip participants with critical technical knowledge, practical skills, and instructional competencies essential for their respective roles.
The FLM course provided trainees with a thorough understanding of middle management responsibilities, aircraft maintenance procedures, and operational duties, ensuring they are well- prepared to support aircraft operations effectively. Whilst, the IT course focused on developing participants' ability to analyze specialized subject matter, design appropriate instructional materials, deliver training effectively, and employ suitable assessment methods. It also fostered foundational instructional skills necessary for effective teaching within a military training environment.
Through ongoing professional development initiatives, these programs reinforce the commitment of 75 Squadron to operational excellence and the continuous advancement of personnel within the RBAirF.



MAJLIS PENUTUP BAGI KURSUS INTERMEDIATE FLIGHT LINE MECHANIC 01/2025 DAN KURSUS INSTRUCTIONAL TECHNIQUE 56/2025
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 04 Julai 2025 - Majlis penutup bagi Kursus
Intermediate Flight Line Mechanic (FLM) dan Kursus
Instructional Technique (IT) telah diadakan di Skuadron 75, Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan. Leftenan Kolonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Komandan Kumpulan Latihan, telah hadir ke majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat.
Seramai empat orang peserta berjaya menamatkan kursus FLM, manakala dua belas orang peserta telah menamatkan kursus IT.Kursus selama lima minggu ini, yang berlangsung dari 3 Jun hingga 4 Julai 2025, akan menyumbangkan dalam meningkatkan kecekapan skuadron sokongan dalam Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Matlamat utama kursus ini adalah untuk melengkapkan peserta dengan ilmu pengetahuan teknikal, kemahiran praktikal, serta kebolehan pengajaran yang kritikal untuk menjalankan tugas masing-masing.
Kursus
Intermediate FLM memberi fokus kepada penguasaan pengetahuan tentang pengurusan pertengahan, prosedur penyelenggaraan pesawat, dan tanggungjawab operasi, bagi memastikan anggota mampu memberi bantuan operasi pesawat secara berkesan. Sementara itu, kursus IT menumpukan kepada pembangunan keupayaan peserta untuk menguasai bidang pakar yang tertentu serta membentuk bahan pengajaran yang sesuai, menyampaikan latihan secara berkesan, dan menggunakan kaedah penilaian yang sesuai. Kursus ini turut memperkukuhkan kemahiran asas pengajaran yang diperlukan untuk keberkesanan pengajaran dalam latihan ketenteraan.
Melalui usaha pembangunan profesional yang berterusan, program ini memperkukuhkan lagi komitmen Skuadron 75 terhadap kecemerlangan operasi dan peningkatan berterusan anggota dalam TUDB.

