Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF CONDUCTS SECOND ESPORTS TOURNAMENT IN CONJUNCTION WITH 59TH ANNIVERSARY

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 04 July 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully held its second Mobile Legends E-Sports Tournament at Punai Hall, Rimba Air Force Base, as part of the celebrations for the 59th Anniversary of the RBAirF.

The tournament brought together teams from across RBAirF Wings in a best of three match format, promoting friendly competition and highlighting the value of E-Sports in building skills relevant to military life such as quick decision making, teamwork, and communication.

The Guest of Honour, Commander of the RBAirF, Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, expressed his appreciation for the initiative. In his remarks, he emphasized how such events not only boost morale and camaraderie but also align with the evolving interests and development needs of RBAirF personnel. Team No. 2 Wing won the tournament, followed by Team No. 6 Wing in second place and Team No. 7 Wing in third.

This initiative also reflects the RBAirF's commitment to innovation and military readiness. By integrating E-Sports into non-traditional training avenues, RBAirF enhances strategic thinking, mental agility, and situational awareness while fostering team cohesion and engaging younger personnel in meaningful, skill building activities. It demonstrates a forward looking approach to force development aligned with the demands of modern military operations.

The Commander of RBAirF also extended his gratitude to E-Sports Brunei (ESB) for their continued support in making the tournament a success.​


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGANJURKAN KEJOHANAN ESPORT KEDUA KALI SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-59

Pangkalan Udara Rimba, Jumaat, 04 Julai 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menganjurkan Kejohanan E-Sports Mobile Legends Kali Kedua yang berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Udara Rimba, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-59 TUDB.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan pasukan dari pelbagai Wing TUDB dalam format pertandingan terbaik daripada tiga perlawanan (best-of-three), yang bertujuan untuk menggalakkan persaingan sihat dan menyerlahkan nilai E-Sports dalam pembangunan kemahiran seperti membuat keputusan pantas, kerjasama pasukan dan komunikasi kemahiran penting dalam ketenteraan.

Tetamu Kehormat Majlis, Pemerintah TUDB, Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, dalam ucapannya merakamkan penghargaan terhadap inisiatif ini. Beliau menekankan bahawa penganjuran kejohanan sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan semangat berpasukan dan moral dalam kalangan anggota, malah ia selaras dengan keperluan pembangunan dan minat semasa warga TUDB. Pasukan No. 2 Wing muncul sebagai juara, diikuti oleh Pasukan No. 6 Wing di tempat kedua dan Pasukan No. 7 Wing di tempat ketiga.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen TUDB dalam menerapkan inovasi serta memperkukuhkan kesiapsiagaan ketenteraan. Melalui integrasi E-Sports sebagai pendekatan latihan tidak konvensional, TUDB dapat mempertingkatkan pemikiran strategik, kecekapan mental, dan kesedaran situasi, di samping memupuk semangat berpasukan dan penglibatan anggota muda dalam aktiviti yang membina kemahiran. Ini menunjukkan pendekatan maju TUDB dalam pembangunan keupayaan sejajar dengan tuntutan operasi ketenteraan masa kini.

Pemerintah TUDB turut merakamkan penghargaan kepada E-Sports Brunei (ESB) atas sokongan berterusan mereka dalam menjayakan kejohanan ini.