Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF CELEBRATES ILAL HIJRAH 1447H WITH SPIRITUAL AND COMMUNITY-ORIENTED ACTIVITIES

​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 11 July 2025 – In conjunction with Ilal Hijrah 1447H, Royal Brunei Air Force came together to celebrate the event with a mass Subuh prayer that includes a Tazkirah on “Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan" and a walkathon symbolising the meaning of Hijrah. Officers, Airmen and Surau Al Barakah congregants started the walkathon from Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base to Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Mosque, Rimba.

Present during the event was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of RBAirF, along with RBAirF's Board of Executives, Senior Officers, Officers, Airmen, and public congregants of Surau Al-Barakah. As part of the celebration, donations for orphans residing in the Kampong Rimba area were personally presented by the Commander Royal Brunei Air Force and witnessed by the Head Imam and the Village Head of STKRJ Kampong Rimba.

The Ilal Hijrah 1447H Celebration Ceremony was simultaneously held across all suraus in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT ILAL HIJRAH 1447H DENGAN AKTIVITI KEROHANIAN DAN BERORIENTASI MASYARAKAT

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 11 Julai 2025 – Sempena sambutan Ilal Hijrah 1447H, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah bersama-sama meraikan acara tersebut dengan mengadakan Sembahyang Subuh berjemaah yang disusuli dengan Tazkirah bertajuk “Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan" serta acara berjalan kaki (walkathon) yang melambangkan makna Hijrah. Pegawai-pegawai, anggota-anggota TUDB serta jemaah Surau Al-Barakah memulakan walkathon tersebut dari Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba menuju ke Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Rimba.

Hadir semasa acara tersebut ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB bersama-sama Ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota-anggota TUDB serta jemaah Surau Al-Barakah. Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, sumbangan kepada anak-anak yatim yang tinggal di kawasan Kampong Rimba telah disampaikan oleh Pemerintah TUDB dan disaksikan oleh Ketua Imam serta Ketua Kampung STKRJ Kampong Rimba.

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H ini turut diadakan serentak di semua surau garison, kem dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).