Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE PARTICIPATES IN THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES HALF MARATHON CHAMPIONSHIP AND 10KM RACE 2025

BOLKIAH GARRISON, Sunday, 26 October 2025The airmen and airwomen of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) showcased the unit's athleticism and teamwork as they participated in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Half Marathon and 10km Run 2025, held at Bolkiah Garrison, Berakas. The annual event also featured a 12KM cycling expedition and 5KM fun run, encouraging fitness, camaraderie, and healthy competition among RBAF personnel.

A total of 60 RBAirF personnel, comprising officers, Senior non-commissioned officers, and Junior non-commissioned officers, participated across several race categories. The scenic and challenging race route stretched from Bolkiah Garrison through the heart of Bandar Seri Begawan towards the Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Salehah (RIPAS) Bridge before returning to the finish line at Bolkiah Garrison.

The RBAirF Women's 10KM Team achieved an impressive runner-up position with 172 points, reflecting the high level of commitment and teamwork within the force.

In the individual categories, Private (U) Mohd Syafiq bin Shari emerged as the top ten Men's 21KM Category, completing the race in 1 Hour 24 minutes and 06 seconds, while Leftenant (U) Dk Rabiatuladawiah binti Pg Radzuan claimed victory in the Women's 10KM category with a time of 51 minutes, and 21 seconds.

The event underscored the RBAirF's dedication to physical excellence, unity, and sportsmanship — vital qualities that reflect the strength and professionalism of the Royal Brunei Armed Forces. The RBAirF extends its heartiest congratulations to all participants for their inspiring achievements and contributions to the spirit of competition and teamwork.



TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI KEJOHANAN HALF- MARATHON DAN LARIAN 10KM ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 2025

BOLKIAH GARISON, Ahad, 26 Oktober 2025 – Warga Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah memperlihatkan semangat berpasukan, ketahanan fizikal, dan komitmen yang tinggi semasa menyertai Kejohanan Half-Marathon dan Larian 10KM Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2025 yang berlangsung di Bolkiah Garison, Berakas. Acara tahunan ini turut dimeriahkan dengan Acara berbasikal sejauh 12KM dan Fun Run sejauh 5KM yang bertujuan untuk memupuk semangat kecergasan, persahabatan dan kesepaduan dalam kalangan warga ABDB.

Seramai 60 warga TUDB, yang terdiri daripada pegawai, PTB Kanan dan PTB Rendah, telah mengambil bahagian dalam beberapa kategori larian. Laluan larian yang mencabar dan indah bermula dari Bolkiah Garison menuju ke Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Salehah (RIPAS) sebelum berpatah balik ke garisan penamat di Kem Bolkiah.

Pasukan Wanita 10KM TUDB memperoleh naib johan dengan 172 mata, mencerminkan tahap dedikasi dan kerjasama tinggi dalam kalangan warga udara.

Bagi kategori individu, Soldadu (U) Mohd Syafiq bin Shari dinobatkan sebagai sepuluh teratas bagi Lelaki 21KM dengan catatan masa 1 Jam 24 minit 06 saat, manakala Leftenan (U) Dk Rabiatuladawiah binti Pg Radzuan menjuarai Kategori Wanita 10KM dengan catatan masa 51 minit 21 saat.

Acara ini menyerlahkan komitmen TUDB terhadap kecemerlangan fizikal, perpaduan dan semangat kesukanan nilai-nilai penting yang mencerminkan kekuatan serta profesionalisme Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. TUDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas kejayaan dan sumbangan mereka dalam menyemarakkan semangat kesukanan dan berpasukan.