RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 28 October 2025 – A total of 51 students and 5 accompanying teachers from Beribi Telanai Primary School (Year 6) conducted an educational visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF) at Rimba Air Force Base.
The group was warmly welcomed by RBAirF personnel and received a safety briefing before being given an introductory presentation on the organisation and roles of the RBAirF by Warrant Officer One (U) Haji Rozulhailme bin Haji Ahmad.
The visit also featured a static display showcasing various RBAirF assets, equipment, and aircraft, providing students the opportunity to view up close the technology and capabilities employed by the RBAirF in safeguarding the nation's airspace.
Throughout the visit, the students interacted with RBAirF personnel and had the opportunity to experience some of the equipment on display. The educational visit aimed to enhance students' understanding of the RBAirF's responsibilities while fostering interest, curiosity, and patriotism among the younger generation to one day serve in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

.jpeg)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI PELAJAR TAHUN 6 SEKOLAH RENDAH BERIBI TELANAI KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 28 Oktober 2025 – Seramai 51 orang pelajar dan 5 orang guru dari Sekolah Rendah Beribi Telanai, Tahun 6, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), bertempat di Pangkalan Udara Rimba.
Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh warga TUDB dan didahului dengan taklimat keselamatan sebelum diperkenalkan secara ringkas mengenai organisasi serta peranan TUDB oleh Pegawai Waran Satu (U) Haji Rozulhailme bin Haji Ahmad.
Lawatan ini turut merangkumi pameran statik yang menampilkan pelbagai aset, peralatan dan pesawat TUDB, memberikan peluang kepada para pelajar untuk melihat dengan lebih dekat teknologi dan keupayaan yang digunakan oleh TUDB dalam melaksanakan tugasnya mempertahankan ruang udara negara.
Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar juga berpeluang berinteraksi dengan anggota TUDB serta mencuba beberapa peralatan yang dipamerkan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai fungsi dan tanggungjawab TUDB, di samping memupuk minat dan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda untuk menceburi kerjaya dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada masa hadapan.
.jpeg)