Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE FIRST RBAirF – IDT RAF TRAINING WORKING GROUP MEETING 2026

​​​RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 27 January 2026 – Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Chief of Staff of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), received a formal call from the International Defence Training (IDT), Royal Air Force (RAF), on 26 January 2026.

This was followed by the inaugural Training Air Working Group (AWG) Meeting between the RBAirF and IDT, RAF, held on 27 January 2026. The IDT, RAF delegation was led by Wing Commander Christian Cornish, while the RBAirF Co-Chairman was Lieutenant Colonel (U) Sherpor Nezam bin Abd Ghapor, Assistant Chief of Staff A5 (Bilateral Relations).

The meeting commenced with opening remarks from both Co-Chairmen before proceeding with the agreed agenda. Its objectives were to align RBAirF training requirements with evolving operational and capability needs, enhance coordination with IDT, RAF, and explore flexible and cost-effective training approaches to further develop RBAirF personnel. The meeting concluded with closing remarks reaffirming the commitment of both Air Forces to continued collaboration.

The AWG serves as an important platform to strengthen bilateral defence relations between the RBAirF and the RAF (UK), reflecting a shared commitment to defence diplomacy, mutual trust, and professional military cooperation, while laying a strong foundation for future training, human resource development, and long-term strategic partnership.

MESYUARAT KELOMPOK KERJA LATIHAN TUDB – IDT RAF PERTAMA 2026

 

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 27 Januari 2026 – Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Ketua Staf Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menerima kunjungan hormat daripada International Defence Training (IDT), Royal Air Force (RAF), pada 26 Januari 2026.

Kunjungan ersebut diikuti dengan penganjuran Mesyuarat sulung Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU) Latihan antara TUDB dan IDT RAF, yang telah diadakan pada 27 Januari 2026. Delegasi IDT RAF diketuai oleh Wing Commander Christian Cornish, manakala TUDB diwakili oleh Pengerusi Bersama, Leftenan Kolonel (U) Sherpor Nezam bin Abd Ghapor, Penolong Ketua Staf A5 (Hubungan Dua Hala).

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama sebelum diteruskan dengan agenda yang telah dipersetujui. Objektif mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan keperluan latihan TUDB selaras dengan perkembangan keperluan operasi dan keupayaan, memperkukuh penyelarasan dengan IDT RAF, serta meneroka pendekatan latihan yang fleksibel dan berkesan dari segi kos bagi meningkatkan kapasiti anggota TUDB. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup yang menegaskan komitmen bersama kedua-dua Tentera Udara untuk meneruskan kerjasama yang berterusan.

 

KKU Latihan ini berperanan sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara TUDB dan RAF United Kingdom (UK), mencerminkan komitmen bersama terhadap diplomasi pertahanan, kepercayaan bersama dan kerjasama ketenteraan profesional, serta meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan masa hadapan dalam bidang latihan, pembangunan sumber manusia dan perkongsian strategik jangka panjang antara kedua-dua Tentera Udara.