RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 29 January 2026 – The Air Domain Awareness (ADA) Programme with the Mobile Training Team (MTT) from United States Pacific Air Forces (US PACAF) was successfully conducted at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base, from 26 to 29 January 2026. A total of 19 participants from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Judge Advocate General's (JAG) Office, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), took part in the programme.
This programme was a continuation of the inaugural ADA MTT held in December 2024 and formed part of US PACAF's ongoing efforts to strengthen the capacity of partner nations in the field of ADA.
The programme provided participants with enhanced understanding of ADA concepts and their role in strengthening national airspace sovereignty, improving situational awareness, reinforcing regional and inter-agency coordination, and enhancing airspace security readiness.
The programme concluded with a closing ceremony and certificate presentation. The Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Razanol Hardi bin Abdul Razak, Assistant Chief of Staff A7 (Training). The ceremony featured a speech by Major (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin on behalf of the participants, followed by closing remarks by Colonel Zachary Augustine, Head of Delegation of the ADA MTT.
The engagement between the RBAirF and US PACAF through the ADA Programme reflects a shared commitment to strengthening professional cooperation and mutual understanding, while supporting regional airspace security and operational readiness.
PROGRAM
AIR DOMAIN AWARENESS
BERSAMA
MOBILE TRAINING TEAM, UNITED STATES PACIFIC AIR FORCES 
    
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 29 Januari 2026 - Program
Air Domain Awareness
(ADA) bersama
Mobile Training Team (MTT) daripada
United States Pacific Air Forces (US PACAF) telah berjaya dilaksanakan di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba, dari 26 hingga 29 Januari 2026. Seramai 19 orang peserta daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pejabat Perundangan Tentera (PPT), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menyertai program ini. Program ini merupakan kesinambungan kepada program ADA MTT yang pertama kali diadakan pada Disember 2024 dan merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan US PACAF dalam memperkukuh keupayaan negara rakan dalam bidang ADA. Penyertaan dalam program ini telah memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada para peserta mengenai konsep ADA serta peranannya dalam memperkukuh kedaulatan ruang udara negara, meningkatkan kewaspadaan situasi, memperkukuh koordinasi serantau dan antara agensi, serta mempertingkatkan kesiapsiagaan keselamatan ruang udara. Program ini telah diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel (U) Razanol Hardi bin Abdul Razak, Penolong Ketua Staf A7 (Latihan). Majlis dimulakan dengan ucapan wakil peserta oleh Mejar (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin, diikuti dengan ucapan penutup oleh Kolonel Zachary Augustine, Ketua Delegasi ADA MTT. Penglibatan antara TUDB dan US PACAF melalui Program ADA ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama profesional dan saling persefahaman, di samping menyokong usaha mempertingkatkan keselamatan ruang udara serantau serta kesiapsiagaan operasi.
    
|