Upon arrival at the Air Movement Centre (AMC), General Schneider was accorded a Guard of Honour. He subsequently held an introductory call with Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander RBAirF, at the Merpati Room. The leaders exchanged views on enhancing bilateral cooperation and enhancing interoperability for future operational engagement.
During the visit, General Schneider paid separate courtesy calls on Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and on Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.
The itinerary included a visit to the RBAF Museum, highlighting the history and heritage of the RBAF. This introductory visit reflects a mutual commitment to fostering professional rapport and supporting regional security and stability.

.jpeg)




LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA PASIFIK AMERIKA SYARIKAT KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN UDARA RIMBA, Jumaat, 06 Februari 2026 –
Jeneral Kevin B. Schneider, Pemerintah
Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat,
telah mengadakan lawatan pengenalan ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bermula 05 hingga 07 Februari 2026. Lawatan tersebut bertujuan untuk membina hubungan profesional serta memperkukuh hubungan pertahanan yang sedia ada antara TUDB dan
Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat.
Sejurus tiba di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jeneral Schneider telah menerima Kawalan Kehormatan. Beliau seterusnya mengadakan kunjungan pengenalan kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, di Bilik Merpati. Kedua-dua pemerintah bertukar pandangan mengenai peningkatan kerjasama dua hala dan menerokai peluang bagi penglibatan masa hadapan.
Sebagai sebahagian daripada program lawatan, Jeneral Schneider telah mengadakan Kunjungan Hormat berasingan kepada Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Jeneral Schneider juga melawat Muzium ABDB bagi meninjau sejarah, warisan, dan perkembangan ABDB. Lawatan pengenalan ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam memupuk persefahaman, membina hubungan profesional, serta menyokong keselamatan dan kestabilan serantau.






