The rank insignias were presented by Major (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris, Wing Commander of No. 5 Wing. The ceremony was attended by Officers and Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of No. 5 Wing, alongside family members, highlighting the collective support system that reinforces the professional development and welfare of RBAirF personnel.
This promotion underscores the RBAirF’s continued commitment to recognizing the professionalism, discipline, and dedication demonstrated by its personnel. Such recognition reinforces organizational confidence in the promoted personnel’s readiness to assume greater responsibilities in line with evolving operational requirements.
The RBAirF extends its heartfelt congratulations to the promoted personnel and their families, expressing deep appreciation for their steadfast service and commitment to the nation.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH RENDAH CAWANGAN NO. 5, TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 06 Februari 2026 –
Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 12 orang Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah bertempat di Hangar A, Pangkalan Tentera Udara Rimba hari ini.
Penyampaian lencana kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan PTB Kanan Cawangan No. 5, serta ahli keluarga anggota yang diraikan, sekali gus mencerminkan sokongan padu yang memperkukuh pembangunan profesional dan kebajikan warga TUDB.
Majlis ini menekankan komitmen berterusan TUDB dalam mengiktiraf profesionalisme, disiplin, dan dedikasi yang dipamerkan oleh anggotanya. Pengiktirafan sedemikian memperkukuh keyakinan organisasi terhadap kesiapsiagaan anggota yang dinaikkan pangkat untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar selaras dengan keperluan organisasi dan operasi.
Pihak TUDB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat serta ahli keluarga mereka, dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas perkhidmatan serta komitmen berterusan mereka kepada negara.


