SURAU
AL-BARAKAH,
RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 18 February 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) commenced the observance of Ramadhan 1447 Hijrah with
Sunat Terawih and
Witir Prayers, followed by the opening of a
Tadarus
Al-Quran
session at
Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF. Also in attendance were the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Airmen, and Airwomen.
The ceremony began following the completion of the first
Terawih and
Witir
Prayers of the holy month. The Commander RBAirF led the recital of
Surah Al-Fatihah to signal the start of the
Tadarus, which was continued by the congregants with verses from the Al-Qur'an.
The evening was further enriched by an insightful
Tadabbur session delivered by Private (U) Mohd Fauzan Al-Fatin bin Md Elmy, who highlighted the virtues and spiritual benefits of
Surah Al-Fatihah. The event concluded with the recitation of
Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam and
Selawat Qiam.
These nightly religious activities aim to nurture spiritual fortitude and uphold Islamic values among RBAirF personnel. The practice of
Tadarus serves as a spiritual anchor, fostering sincerity (ikhlas) and strengthening collective faith.
RBAirF invites the community to participate in these religious activities at Surau Al-Barakah throughout the blessed month of Ramadhan to foster a spirit of togetherness and devotion.
.JPG)

TUDB MENYAMBUT MALAM PERTAMA RAMADHAN 1447H DENGAN SEMBAHYANG TERAWIH, WITIR DAN TADARUS AL-QUR’AN
SURAU AL-BARAKAH, PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 18 Februari 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah memulakan ihya Ramadhan bagi tahun 1447 Hijrah dengan Sembahyang Sunat Terawih dan Witir berjemaah, diikuti dengan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Udara Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, serta anggota-anggota TUDB.
Majlis dimulakan sejurus selesai menunaikan Sembahyang Sunat Terawih dan Witir yang pertama bagi bulan suci ini. Yang Mulia Pemerintah TUDB kemudiannya memulakan bacaan Surah Al-Fatihah bagi menandakan bermulanya sesi Tadarus, sebelum diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an oleh para hadirin.
Majlis tersebut turut diserikan dengan sesi Tadabbur yang disampaikan oleh Soldadu (U) Mohd Fauzan Al-Fatin bin Md Elmy mengenai kelebihan dan fadilat Surah Al-Fatihah. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Selawat Qiam.
Aktiviti keagamaan ini bertujuan untuk memupuk keteguhan kerohanian dan memartabatkan nilai-nilai keislaman dalam kalangan warga TUDB. Amalan Tadarus setiap malam sepanjang bulan Ramadhan ini diharapkan dapat menjadi sauh kerohanian, memupuk keikhlasan, serta mengukuhkan iman dan semangat kebersamaan.
TUDB mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan di Surau Al-Barakah sepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dalam sama-sama meningkatkan amal ibadah dan ketaqwaan.
