The religious ceremony was conducted simultaneously at all
suraus across the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps, including the
Pulau
Baru-Baru Mosque.
Present at the ceremony was Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF. Also in attendance were members of the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, personnel, and members of the local congregation.
The ceremony began with a mass Fardhu Maghrib prayer followed by the Sunat Hajat prayer and a recitation of Surah Yaasin. To bless the event, a Special Doa in conjunction with His Royal Highness the Crown Prince's 52nd birthday celebration was read
by Sergeant Haji Khairul Ariffin bin Rosli,
Penguasa Medan Agama of Surau Al-Barakah.
The ceremony then concluded with a mass Fardhu Isya’ prayer.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA YANG KE-52 TAHUN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 16 Februari 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, yang ke-52 tahun, bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis tersebut turut diadakan secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan dan Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota TUDB serta ahli jemaah tempatan.
Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin. Bagi memberkati majlis, Doa Khusus sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang Ke-52 Tahun telah dibacakan oleh Sarjan Haji Khairul Ariffin bin Rosli,
Penguasa Medan Agama Surau Al-Barakah. Seterusnya, majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.
