Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF COMMANDER RECEIVES FAREWELL CALL FROM NON-RESIDENT CANADIAN DEFENCE ATTACHÉ

RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 04 March 2026 – The Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, received a farewell call today from the outgoing Non-Resident Canadian Defence Attaché to Brunei Darussalam, Captain Hugues Canuel, RCN, PhD.

During the call, Captain Hugues Canuel expressed his sincere gratitude to the RBAirF Commander for the cooperation and support extended throughout his tenure. He underscored the importance of enhancing bilateral defence engagement, particularly in training opportunities, professional exchanges, and capacity-building initiatives.

In response, the RBAirF Commander conveyed his appreciation for the Defence Attache's contributions toward strengthening military-to-military relations. He welcomed further development in areas that enhance the professional competency and operational readiness of RBAirF personnel.

Both sides reaffirmed their shared commitment to maintaining a robust partnership and highlighted the role of defence cooperation in promoting regional stability and security.



PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 04 Mac 2026 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, telah menerima kunjungan hormat perpisahan pada hari ini daripada Atase Pertahanan (Tidak Menetap) Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Kapten Hugues Canuel, RCN, PhD.

Semasa kunjungan tersebut, Kapten Hugues Canuel merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pemerintah TUDB atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh penglibatan pertahanan dua hala, terutamanya dalam peluang latihan, pertukaran profesional, dan inisiatif pembangunan kapasiti.

Sebagai maklum balas, Pemerintah TUDB menyampaikan penghargaan atas sumbangan Atase Pertahanan tersebut dalam mempereratkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua belah pihak. Beliau menyambut baik perkembangan kerjasama yang berterusan, khususnya dalam bidang yang dapat meningkatkan kecekapan profesional dan kesiapsiagaan operasi anggota TUDB.

Kedua-dua belah pihak mengesahkan semula komitmen bersama untuk mengekalkan perkongsian yang teguh serta menekankan peranan kerjasama pertahanan dalam menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan serantau.