CAMDEN, SYDNEY, AUSTRALIA, Thursday, 05 March 2026 – Three Royal Brunei Air Force (RBAirF) student pilots from 73 Squadron, No. 7 Wing, successfully completed the Basic and Advanced Rotary Wing Pilot Training (BARWPT) Course today. The intensive training program, held at Air Combat Australia (ACA) in Camden, Sydney, spanned from 17 November 2025 to 05 March 2026.
The graduates—Lieutenant (U) Sheikh Mohammad Wafiq bin Sheikh Mansor, Lieutenant (U) Tengku Putra Muhd Alif Izzat bin Tengku Putra Muhd Harris Fadzillah, and Lieutenant (U) Muhd Nabil Arif bin Dato Paduka Haji Mohd Shahminan—each completed a total of 55 flying hours on the Bell 206BIII Jet Ranger.
The BARWPT is a comprehensive program integrating ground theory with practical flight training. The curriculum encompasses aerodynamics, aircraft systems, general handling, and emergency procedures, as well as advanced maneuvers such as navigation, basic instrument flight, night operations, and slope landings in confined areas. The course is designed to instill high levels of technical proficiency, sound decision-making, and airmanship, demanding resilience and adaptability from the student pilots.
Their successful completion marks a significant milestone in their professional development and serves as a testament to their dedication and commitment to excellence. This achievement underscores their readiness to progress toward operational flying and the next phase of their careers within the RBAirF.
.jpeg)

PENUTUP KURSUS LATIHAN ASAS DAN LANJUTAN JURUTERBANG HELIKOPTER SIRI 52
CAMDEN, SYDNEY, AUSTRALIA, Khamis, 05 Mac 2026 – Tiga pelatih juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) daripada Skuadron 73, Cawangan No. 7, telah berjaya menamatkan Kursus
Basic and Advanced Rotary Wing Pilot Training (BARWPT). Latihan tersebut telah berlangsung dari 17 November 2025 hingga 05 Mac 2026 di
Air Combat Australia (ACA), Camden, Sydney, Australia.
Pegawai-pegawai tersebut ialah Leftenan (U) Sheikh Mohammad Wafiq bin Sheikh Mansor, Leftenan (U) Tengku Putra Muhd Alif Izzat bin Tengku Putra Muhd Harris Fadzillah, dan Leftenan (U) Muhd Nabil Arif bin Dato Paduka Haji Mohd Shahminan. Ketiga-tiga pegawai telah melengkapkan sebanyak 55 jam penerbangan menggunakan pesawat Bell 206BIII Jet Ranger.
BARWPT merupakan program komprehensif yang menggabungkan teori penerbangan dan latihan penerbangan praktikal, merangkumi aspek aerodinamik, sistem pesawat, pengendalian am, prosedur kecemasan, navigasi, penerbangan instrumen asas, operasi malam, serta pendaratan cerun di kawasan terhad. Kursus ini direka khas bagi memupuk kecekapan teknikal, kemahiran membuat keputusan berkesan, serta nilai
airmanship yang menuntut fokus, daya tahan, dan keupayaan menyesuaikan diri yang tinggi daripada para pelatih juruterbang.
Kejayaan menamatkan program ini menandakan satu mercu tanda penting dalam pembangunan profesional pelatih-pelatih juruterbang, sekali gus menjadi bukti kepada dedikasi, disiplin, dan komitmen mereka terhadap kecemerlangan. Pencapaian ini juga menekankan kesiapsiagaan mereka untuk melangkah ke fasa penerbangan operasi dan peringkat seterusnya dalam kerjaya penerbangan mereka di dalam TUDB.
