Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF JOINS RBAF DIAMOND JUBILEE ANNIVERSARY CELEBRATION

Bandar Seri Begawan, Monday, 31 May 2021 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today graced the Grand Parade of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Diamond Jubilee Celebration, which was held at the Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office.

Upon arrival, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; and Major General (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF.

His Majesty then proceeded to the Royal Dais for the Royal Salute and subsequently inspected the parade contingents, consisting of 1,060 RBAF personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Training Institute (TI) RBAF, Special Forces Regiment (SFR), and the Women Military Personnel under the command of Lieutenant Colonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi. RBAirF contingents were consisting of 212 personnel which was led by Lieutenant Colonel (Udara) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail and Major (Udara) Amierul Halpi bin Talip. In Women Military Personnel contingent, 27 RBAirF women participates in the parade.

For the first time in history at the end of the Grand Parade, His Majesty received the Royal Salute, which was followed by the National Anthem and a fly-past by RBAirF aircrafts forming a diamond shape, led by His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince 'Abdul Mateen. The grand parade was concluded with Parachute/ Airborne performance in carrying flags of military services.

At the Brunei Arts and Handicraft Training Centre, His Majesty and members of the Royal Family proceeded to view the exhibition of RBAF's major assets. His Majesty then launched the Unmanned Aerial System (UAS) Integrator Aircraft that is used in Aerial Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) for more effective surveillance of land and maritime borders. UAS is intended to contribute towards national requirement by providing ISR capability to Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), Search and Locate (SAL) operations,  border control and law enforcement operations.

This year's theme of 'Together in Accomplishing the National Vision' underscores the continuous commitment of the RBAF, as the key security institution, in contributing to the nation's progress and development by ensuring a safe and peaceful environment through the steady provision of defence and security.  

 



TUDB TURUT SERTA DALAM SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN ABDB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Mei 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Taman Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. 

Mengiringi Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua (II); dan Mejar Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung beredar ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Pasukan-pasukan Perbarisan seramai 1,060 orang anggota ABDB yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan (IL) ABDB, Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB, Pasukan Askar Wanita dan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei, di bawah perintah 477 Leftenan Kolonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi. Kontinjen TUDB terdiri daripada 212 anggota yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (Udara) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail and Mejar (Udara) Amierul Halpi bin Talip. Bagi Pasukan Askar Wanita, seramai 27 anggota wanita daripada TUDB menyertai perbarisan.

Buat pertama kali di dalam sejarah di akhir upacara perbarisan raksasa ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sekali lagi disembahkan Tabik Hormat Diraja, diiringi dengan Lagu Kebangsaan serta terbang lalu pesawat-pesawat TUDB dalam formasi bentuk intan yang diketuai oleh, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Perbarisan tersebut diakhiri dengan persembahan terjun payung dengan membawa bendera unit-unit tentera.

Semasa di dalam Bangunan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta ahli-ahli Kerabat Diraja dijunjung berangkat menyaksikan Pameran Aset Besar yang mana TUDB turut mempamerkan aset terbaru iaitu Unmanned Aerial System. Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan melancarkan pesawat Integrator Unmanned Aeria System (UAS) bagi pemantauan sempadan darat dan maritim. UAS dihasrat untuk menyumbang kepada keperluan nasional dengan menyediakan keupayaan ISR kepada operasi-operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), Search and Locate (SAL), kawalan sempadan dan operasi penguatkuasaan undang-undang.

Tema sambutan pada tahun ini iaitu 'Bersama Menjayakan Wawasan Negara', menggariskan komitmen ABDB yang berterusan, sebagai tonggak pertahanan dan keselamatan negara dengan memastikan persekitaran yang aman dan damai melalui pertahanan secara holistik serta sekuriti yang jitu.