Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF 56TH ANNIVERSARY CELEBRATION

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, June 24, 2022 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) today commemorated its 56th anniversary at Punai Hall, Rimba Air Force Base. Guest of honor at the ceremony was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander RBAirF where he delivered a speech in commemoration of the RBAirF anniversary.

In his speech he highlighted that this year's anniversary employs a unique concept as it aligned with the completion of Exercise Alap-Alap IX/2022. Commander RBAirF acknowledged the wide variety of nation's challenges due to COVID-19, and addressed that RBAirF must remain flexible, adaptable and professional in support of national requirements. He also emphasized that it is vital for RBAirF to maintain operational readiness in the ever evolving defence requirements. In light of this, the Commander of RBAirF apprised the recent capability developments within the RBAirF. The Unmanned Aerial System of 39 Squadron inaugurated by His Majesty Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam taht will enhance aerial surveillance and situational awareness. He also acknowledged the induction of Aerial Gunnery system, Minigun M134D which will augment the firepower for air-to-ground defence. He added that efforts to realisation of air capability requires skilled and capable personnel, who consistently remains committed aligned with RBAirF core values of Service Above Self, Teamwork and Excellence. 

The Commander of RBAirF then proceeded with the launch of RBAirF's official Instagram account in conjuction with this year's anniversary, which will enable RBAirF's to share recent events and engage with the wider audience.

The event followed with a cake cutting ceremony in conjunction with RBAirF 56th Anniversary. The event was blessed with a Doa Selamat recited by Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, RBAirF Religious Officer.

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TUDB KE-56

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 24 Jun 2022 –  Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini memperingati ulang tahunnya yang ke-56 di Dewan Punai, Pangkalan Udara Rimba. Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB di mana beliau menyampaikan ucapan sempena ulang tahun TDB.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa ulang tahun tahun ini menggunakan konsep unik yang mana ianya diselaraskan dengan penutup Eksesais Alap-Alap IX/2022. Pelbagai cabaran telah dilalui berikutan penularan COVID-19, dan beliau menekankan kepentingan TUDB untuk menerapkan fleksibiliti, adaptabiliti dan profesionalisme dalam mendokong keperluan negara. Beliau juga menekankan betapa pentingnya bagi TUDB untuk mengekalkan kesiapsiagaan operasi dalam menyahut keperluan pertahanan yang sentiasa berkembang . Sehubungan dengan itu, Pemerintah TUDB juga memaklumkan perkembangan keupayaan terkini dalam TUDB. Antara pencapaian TUDB adalah perasmian Sistem Udara Tanpa Pemandu (UAS), 39 Skuadron oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang mana akan meningkatkan pengawasan dan kesedaran situasi ruang udara, dan pengiktirafan sistem Aerial Gunnery, Minigun M134D yang akan menambah kuasa tembakan untuk pertahanan udara-ke-darat. Beliau menambah bahawa usaha untuk merealisasikan keupayaan udara memerlukan anggota yang berkemahiran dan berkebolehan, dan perlu konsisten dan komited, sejajar dengan nilai teras TUDB, Service Above Self, Teamwork and Excellence.

Pemerintah TUDB kemudiannya melancarkan laman rasmi Instagram rasmi bersempena Hari Ulang Tahun TUDB ke-56, yang mana akan dapat mempeluaskan jangkauan maklumat dan berita terkini mengenai Tentera Udara Diraja Brunei kepada orang ramai.

Majlis diikuti dengan upacara memotong kek Sambutan Ulangtahun TUDB ke-56. Bagi memberkati majlis tersebut, Doa Selamat telah dibacakan oleh Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, Pegawai Agama TUDB.