Skip Ribbon Commands
Skip to main content
KAGITINGAN BADGE PRESENTATION

MANILA, REPUBLIC OF THE PHILIPPINES, Thursday, 3rd September 2015 – Brigadier General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Land Forces was awarded Kagitingan badge of Philippine Army by Lieutenant General Eduardo Año Manahan, Commanding General of Philippine Army and witnessed by senior officers of Philippine Army.

The awarding of this badge is an honor and recognition of the Philippine Army to military leaders or foreign governments. Commander RBLF was awarded during his Introductory visit to Republic of the Philippines on 2nd to 4t September 2015. The visit aim to strengthen military cooperation ties that exist between RBLF and Philippine Army and Armed Forces of the Philippines.


PENGANUGERAHAN LENCANA KAGITINGAN

MANILA, REPUBLIK FILIPINA, Khamis, 3 September 2015 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud telah dianugerahkan lencana Kagitingan, Tentera Darat Republik Filipina (Philippine Army). Penganugerahan disempurnakan oleh Lt Jen Eduardo Manahan Año, Commanding General Philippine Army dan disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat Republik Filipina.

Penganugerahan lencana ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan Tentera Darat Republik Filipina kepada pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan luar negara. Pemerintah TDDB dianugerahkan semasa  membuat Kunjungan Pengenalan ke Republik Filipina pada 2 hingga 4 September 2015. 

Kunjungan Pengenalan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara TDDB dan Tentera Darat Republik Filipina serta Angkatan Bersenjata Republik Filipina.

Attachments