Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SINGAPORE AWARDS RBLF COMMANDER WITH MERITORIOUS SERVICE MEDAL (MILITARY)

REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 16 August 2016 - The Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, was conferred Singapore's prestigious military award, the Meritorious Service Medal (Military) or Pingat Jasa Gemilang (Tentera) by the Honourable Tony Tan Keng Yam, President of the Republic of Singapore.

The award was presented by the Honourable Dr Ng Eng Hen, Minister for Defence at an investiture ceremony held at the Ministry of Defence, Singapore.

Brigadier General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan was conferred the award in recognition of his significant and outstanding contributions in strengthening the excellent defence relations between the RBLF and the Singapore Army. Under his leadership, the interactions and cooperation between the two armies have been active and grown from strength to strength. Both armies regularly exchange a wide range of bilateral military activities such as exercises, trainings, courses, meetings and exchange of visits. These extensive interactions have further fostered the rapport and camaraderie between personnel of both armies.

Prior to the investiture ceremony Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan, who is in Singapore from 15 to 17 August 2016, also called on The Honourable Dr Ng Eng Hen Lieutenant General Dato Paduka Seri Perry Lim, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces and Major General Melvyn Ong Su Kiat, Chief of Singapore Army, to discuss issues of mutual concern.




SINGAPURA MENGANUGERAHKAN PEMERINTAH TDDB
DENGAN PINGAT JASA GEMILANG (TENTERA)

SINGAPURA, Selasa 16 Ogos 2016 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud telah dianugerahkan dengan Anugerah Tertinggi Tentera Singapura, Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Yang Terhormat Tony Tan Keng Yam, Presiden Republik Singapura.

Majlis penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Yang Terhormat Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura yang berlangsung di Kementerian Pertahanan Republik Singapura.
 
Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan telah dianugerahkan dengan pingat ini sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan beliau yang sangat bernilai dan cemerlang daIam mengeratkan perhubungan di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Singapura disepanjang beliau memegang jawatan sebagai Pemerintah TDDB. Dibawah kepimpinan beliau, interaksi dan kerjasama di antara kedua-dua tentera darat dilihat semakin aktif dan berkembang maju. Kedua-dua tentera darat sentiasa melaksanakan pelbagai aktiviti ketenteraan seperti eksesais bersama, latihan, kursus, mesyuarat dan lawatan dua hala. Interaksi yang sangat luas ini telah mengeratkan lagi hubungan baik yang sudah lama terjalin di antara para anggota kedua tentera.

Sebelum upacara penganugerahan tersebut dijalankan, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan yang berada di Republik Singapura dari 15 hingga 17 Ogos 2016 juga telah berkesempatan untuk membuat kunjungan hormat ke atas Yang Terhormat Dr Ng Eng Hen, Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim, Pemerintah Angkatan Bersenjata Singapura dan Mejar Jeneral Melvyn Ong Su Kiat, Pemerintah Tentera Darat Singapura untuk membincangkan isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Attachments