Skip Ribbon Commands
Skip to main content
CROWN PRINCE GRANTS AUDIENCE TO OUTGOING AND NEW RBAF COMMANDERS

QASHR AL-MEEZAN, Thursday, 1 February 2018 – His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister’s Office and General of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented to receive an audience from the outgoing Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and the new Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

The audience was held at the Qashr Al-Meezan.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah handed over his duties to the newly appointed Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud on 31 January 2018 at the official handing over and take over ceremony for the Commander of RBAF which took place at Bolkiah Garrison. 

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih was the 9th Commander of RBAF since 30 January 2014. During his tenure as Commander of RBAF, he was conferred decorations from Singapore, Indonesia, Malaysia and Thailand. He is also the first Commander of RBAF to be given honourary membership to the RBAF Special Forces Regiment. Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih also played an important role regionally and internationally, participating in the ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Informal Meeting (ACDFIM) and has also hosted a series of international Chiefs of Defence Forces talks and military exercises within Brunei Darussalam.

Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud was promoted to Major General rank on 31 January 2018. Prior his appointment as the 10th Commander of RBAF, he was the Commander of Royal Brunei Land Force from 1 December 2014. Throughout his career, he held various key appointments, including Military Assistant to Commander of RBAF, Senior Management Officer at the Office of Strategy Management, and Aide-de-Camp to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.


MAJLIS MENGADAP BAGI PEMERINTAH-PEMERINTAH ABDB YANG AKAN BERSARA DAN YANG BARU

QASHR AL-MEEZAN, Khamis, 1 Februari 2018  – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Pemerintah ABDB yang menamatkan perkhidmatan, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Pemerintah ABDB yang baru, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Majlis Mengadap berlangsung di Qashr Al-Meezan.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih menyerahkan tugasnya kepada Pemerintah ABDB yang baru, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud pada 31 Januari 2018 dalam Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB di Bolkiah Garison.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih merupakan Pemerintah ABDB yang ke-9 sejak 30 Januari 2014. Semasa berkhidmat sebagai Pemerintah ABDB, beliau telah dianugerahkan pingat dari Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Beliau juga merupakan Pemerintah ABDB pertama yang diberikan keahlian penghormatan kepada Rejimen Pasukan Khas ABDB. Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawihjuga memainkan peranan penting di peringkat serantau dan antarabangsa, mengambil bahagian dalam ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Informal Meeting (ACDFIM) dan juga menghoskan pelbagai mesyuarat-mesyuarat Pemerintah Angkatan Tentera dan latihan ketenteraan di Negara Brunei Darussalam.

Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah dinaikkan pangkat ke jawatan Mejar Jeneral pada 31 Januari 2018. Sebelum pelantikannya sebagai Pemerintah ABDB ke-10, beliau adalah Pemerintah Angkatan Tentera Diraja Brunei sejak 1 Disember 2014. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah memegang pelbagai pelantikan penting, termasuk Pembantu Tentera kepada Pemerintah ABDB, Pegawai Pengurusan Kanan di Pejabat Pengurusan Strategi, dan Juruiring Tentera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Attachments