Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF COMMANDER CHANGE OF COMMAND CEREMONY

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 1 September 2020 – With the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat has been appointed as the new Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) starting today.

A handover and takeover ceremony took place today at the Multipurpose Hall Bolkiah Garrison between Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud and the new Commander of RBAF, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

As the 10th Commander of RBAF, Pengiran Dato delivered his final speech where he expressed his appreciation to all members of the RBAF, both in-service and retired, for all their support and cooperation throughout his service. 

He advised everyone to always work together and practice SEPADU that are aspects of Security, Efficiency, Standards, Religion, Discipline and Capability of Assets and Personnel in order to maintain the dignity and progress of RBAF and towards realising its mission and vision while supporting National Vision 2035. He further highlighted that every member of the RBAF plays an important role in ensuring high integrity, sincerity and discipline to maintain the country's trust in RBAF as guardians of national sovereignty.

Marking the new duty placement, the new Commander of RBAF, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah delivered his inaugural speech as the 11th Commander of RBAF. In his speech, the new RBAF Commander stated that National Defence and defence institutions are considered ‘public good’ where maintaining peace is not free while the price of peace is priceless. He also stated that a huge commitment from the government is needed to achieve peace, and as a defence institution, we must always do a self-reflection of the purpose of the RBAF and our role as RBAF citizens where it is not just a job but a pure sacrifice in order to defend our beloved King, religion and country.

A signing ceremony of the Handing Over Certificate was then held to mark the official handover of the RBAF Commander’s duty. This was followed by a doa selamat read by the Head of RBAF Religious Department (JAMA’AT), Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.

Preceding the handover ceremony held today, Pengiran Dato conducted a series of farewell visits to RBAF units which included the Royal Brunei Navy, the Royal Brunei Air Force, Training Institute RBAF, Special Force Regiment RBAF, Defence Academy RBAF and the Ministry of Defence. The series of farewell visit started since 11 August 2020 and concluded with a visit to the Royal Brunei Land Force on 31 August 2020.



UPACARA MENYERAHKAN TUGAS PEMERINTAH ABDB

BOLKIAH GARISON, Selasa, 1 September 2020 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang baru bermula hari ini.

Upacara Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB telah berlangsung di Dewan Serbaguna Baru, Bolkiah Garison di antara Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Pemerintah ABDB yang baru, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Sebagai Pemerintah ABDB ke-10, Pengiran Dato telah menyampaikan ucapannya dimana beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ABDB yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara atas segala sokongan dan kerjasama di sepanjang perkhidmatan beliau. 

Beliau juga menasihati kepada semua untuk sentiasa bekerjasama dan mengamalkan SEPADU, iaitu aspek-aspek Sekuriti, Efficiency atau Kecekapan, Piawaian, Agama, Disiplin serta Keupayaan Aset dan Anggota demi menjaga maruah dan kemajuan ABDB serta kearah merealisasikan misi dan visi di samping mendokong Wawasan Negara 2035. Beliau menekankan kepentingan peranan setiap anggota ABDB dalam memastikan kejujuran, keikhlasan dan disiplin yang tinggi bagi memelihara kepercayaan Negara terhadap ABDB sebagai penjaga kedaulatan Negara.

Bagi menandakan penerimaan jawatan Pemerintah ABDB yang baharu, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah kemudian menyampaikan ucapan perdana beliau sebagai Pemerintah ABDB yang ke-11. Dalam ucapan beliau, Pemerintah ABDB yang baharu menyatakan bahawa Pertahanan Negara dan institusi pertahanan merupakan public good dimana menjaga keamanan bukanlah percuma manakala harga keamanan adalah priceless. Beliau juga menyatakan bahawa untuk meraih keamanan, setentunya memerlukan komitmen sumber yang besar dari kerajaan dan sebagai sebuah institusi pertahanan, kita hendaklah sentiasa membuat self-reflection akan tujuan kewujudan ABDB dan peranan kita sebagai warga ABDB. Ianya bukan hanya sekadar pekerjaan tapi satu pengorbanan yang murni demi menjaga dan mempertahankan Raja, Agama dan Negara yang kita cintai.

Majlis diteruskan dengan Upacara Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB. Diikuti dengan doa selamat yang dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.

Sebelum upacara penyerahan jawatan yang diadakan hari ini, Pengiran Dato telah berkesempatan mengadakan beberapa siri lawatan persaraan ke unit-unit ABDB yang termasuk Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan ABDB, Regimen Pasukan Khas ABDB, Akademi Pertahanan ABDB dan Kementerian Pertahanan. Siri lawatan persaraan berkenaan bermula sejak 11 Ogos 2020 dan berakhir dengan lawatan ke Tentera Darat Diraja Brunei pada 31 Ogos 2020.

Attachments