Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTER OF DEFENCE II ATTENDS ZUHUR RELIGIOUS LECTURE AT PULAU BARU-BARU

PULAU BARU-BARU, Tuesday, 20 April 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II attended a Zuhur religious lecture titled “Antara Insan Ramadhani dan Insan Rabbani“ at Pulau Baru-Baru Mosque.

The Zuhur lecture delivered by Captain Mohammad Ayza bin Ayahani was part of the Ihya Ramadhan and Outreach Programme conducted throughout the holy month of Ramadhan that will feature religious and community outreach activities including Sunat Tarawih and Witir prayers, religious lectures, tadarus Al-Quran, cleaning campaigns at mosques and cemeteries.

Also present were the Permanent Secretary, Deputy Permanent Secretaries, Deputy Commander of Royal Brunei Land Force, officers and personnel of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces.






MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENGHADIRI KULIAH ZUHUR DI PULAU BARU-BARU

PULAU BARU-BARU, Selasa, 20 April 2021 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menghadiri Kuliah Zuhur bertajuk “Antara Insan Ramadhani dan Insan Rabbani” di Masjid Pulau Baru-Baru.

Kuliah Zuhur yang disampaikan oleh Kapten Mohammad Ayza bin Ayahani adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan dan Program Jangkauan yang dianjurkan sempena bulan suci Ramadhan yang akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan termasuk menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, kuliah-kuliah keugamaan, tadarus Al-Quran, kempen membersihkan masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, pegawai-pegawai dan anggota-anggota daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Attachments