Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER OF DEFENCE II ATTENDS RELIGIOUS FUNCTION AT KG BEBULOH

PANGKALAN BATU, Wednesday, 21 April 2021 – Ministry of Defence (MINDEF) and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Ihya Ramadhan and Ramadhan Outreach Programme continue in the Brunei and Muara District with a religious function held at Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh, Mukim Pangkalan Batu. The function was jointly organised by First Battalion of the Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) and RBAF Religious Department (JAMA’AT).

The religious function started with the recitation of Yasin and Tahlil, followed by mass Iftar with the residents of Kampung Bebuloh and Fardhu Maghrib prayers. The evening function continued with Fardhu Isya’, Sunat Tarawih and Witir prayers led by Imam Saifullah bin Hj Mohd Sofian and concluded with Tadarus Al-Quran by the congregation.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, attended the function together with the residents of Kampung Bebuloh. Also present were Legislative Council Member and Acting Penghulu of Mukim Pangkalan Batu, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Permanent Secretary of MINDEF, Commander of RBLF, Deputy Permanent Secretaries and senior officers from MINDEF and RBAF.

The MINDEF and RBAF Ihya Ramadhan and Ramadhan Outreach Programme include a series of religious and community activities in all four districts to further strengthen the bond between MINDEF and the RBAF with the local residents especially the rural community, and to collectively reap the bountiful benefits of the holy month of Ramadan.






MENTERI PERTAHANAN KEDUA HADIR KE MAJLIS KEUGAMAAN DI KG BEBULOH

PANGKALAN BATU, Rabu, 21 April 2021 – Program Ihya Ramadhan dan Jangkauan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berterusan di Daerah Brunei dan Muara dengan sebuah Majlis Keugamaan di Rumah Kegiatan Ugama Kampong Bebuloh Mukim Pangkalan Batu. Bersama-sama menganjurkan program tersebut ialah Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dan Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT).

Majlis tersebut bermula dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil, berbuka puasa beramai-ramai dengan penduduk Kampung Bebuloh dan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis malam itu diteruskan Sembahyang Fardhu Isyak, Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir yang diketuai oleh Imam Saifullah bin Hj Mohd Sofian. Majlis diakhiri dengan tadarus Al-Quran oleh para jemaah di majlis tersebut. 

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua hadir bersama-sama dengan penduduk Kampung Bebuloh. Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pemangku Penghulu Mukim Pangkalan Batu Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah TDDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Program Ihya Ramadhan dan Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan dan ABDB merangkumi siri aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan di keempat-empat daerah bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara Kementerian Pertahanan dan ABDB bersama penduduk setempat terutamanya masyarakat pendalaman dalam sama-sama meraih fadilat dan keistimewaan yang berlipat ganda di bulan suci Ramadhan.


Attachments