Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTRY OF DEFENCE AND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES HOLDS HARI RAYA ‘AIDILADHA KORBAN CEREMONY 1442 HIJRAH

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 22 July 2021 – The Hari RayaAidiladha or Korban this year is also enlivened at the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) with a Korban Ceremony held by the Ministry of Defence this afternoon at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

This year, a total of 7 buffaloes and 4 goats were sacrificed and further apportioned, which were subsequently distributed to the asnaf group living within the vicinity of Bolkiah Garrison as well as personnel from the Ministry of Defence and RBAF.

Present during the event were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of RBAF; and Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary, Ministry of Defence. Also, in attendance were village heads within the vicinity of Mukim Berakas.

The Korban ceremony is also held at all RBAF garrisons, camps and bases which aims to collectively uphold the teachings of Islam and assist the less privileged members of the community.





KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGANJURKAN MAJLIS IBADAH KORBAN HARI RAYA ‘AIDILADHA 1442 HIJRAH 

BOLKIAH GARISON, Khamis, 22 Julai 2021 –Sambutan Hari Raya ‘Aidiladha atau Korban di seluruh negara pada tahun ini juga disemarakkan di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan mengadakan Majlis Ibadah Korban peringkat Kementerian Pertahanan pada petang tadi bertempat di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

Pada tahun ini, sebanyak 7 ekor kerbau dan 4 ekor kambing telah disembelih, dibahagikan dan seterusnya diagihkan kepada golongan asnaf yang tinggal di sekitar kawasan Bolkiah Garison dan anggota-anggota serta warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB; dan Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah Ketua-ketua Kampung di bawah Mukim Berakas.  

Majlis Ibadah Korban ini juga diadakan di seluruh garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB bagi sama-sama menegakkan Syiar Islam dan membantu golongan masyarakat yang memerlukannya.


Attachments