Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DOA KESYUKURAN FUNCTION FOR THE RETURN OF THE BRUNEI DARUSSALAM CONTINGENT MALBATT 850-8


BOLKIAH GARRISON, Friday, 7 January 2022 – A Doa Kesyukuran function was held to welcome the return of 30 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel who have been deployed for 13 months as part of the Malaysian Battalion 850-8 (MALBATT) under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeeping mission. The RBAF contingent, led by Major Zulazri bin Gapor, had returned to Brunei Darussalam on 3 December 2021.


The religious function, held at Surau Ad-Difa' Bolkiah Garrison was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II. Also present were Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF; Service Commanders; RBAF Joint Force Commander; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, officers and personnel of the Ministry of Defence and the RBAF.


The function was organised together with the weekly Ministry of Defence and RBAF Halaqah Jumaat event beginning with Sayyidul Istighfar, recitation of holy verses of the Al-Quran, a tazkirah, Dikir Marhaban, and presentation of certificates to the contingent officers and personnel. The function ended with a Doa Kesyukuran and Sunat Dhuha prayers.

 

RBAF has participated in UNIFIL peacekeeping missions for more than a decade since 2008 as their commitment towards international peace and security under the United Nations' Resolution 1701 (UN Resolution 1701; 2006). This international mission is also in line with the country’s aspirations highlighted in the Brunei Darussalam Defence White Papers. These peacekeeping missions are an important investment not only for the image of RBAF and the personnel involved, but also for the country in the context of defence diplomacy. On 3rd September 2021, RBAF had continued its deployment of personnel to the UNIFIL peacekeeping mission under MALBATT 850-9 contingent.








MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI KEPULANGAN KONTINJEN

 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MALBATT 850-8


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 7 Januari 2022 - Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan bagi meraikan kepulangan 30 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah menyertai penugasan selama 13 bulan bersama Batalion Malaysia 850-8 (MALBATT)  di bawah misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL). Kontinjen ABDB yang diketuai oleh Mejar Zulazri bin Gapor telah kembali ke Negara Brunei Darussalam pada 3 Disember 2021.


Majlis yang berlangsung di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison telah dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir bersama ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; Pemerintah Angkatan Bersama ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai tentera dan awam serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Majlis tersebut diselaraskan dengan acara Halaqah Jumaat mingguan Kementerian Pertahanan dan ABDB iaitu dimulakan dengan Sayyidul Istighfar, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, tazkirah, Dikir Marhaban, dan penyampaian sijil kepada pegawai dan anggota kontinjen. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Dhuha.

 

ABDB telah mengikuti misi pengaman UNIFIL selama lebih satu dekad iaitu sejak tahun 2008 dalam memberi komitmen yang berterusan ke arah keamanan dan kestabilan antarabangsa di bawah Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1701 (UN Resolution 1701; 2006). Misi luar negara ini adalah juga selaras dengan aspirasi yang telah digariskan dalam Kertas-Kertas Putih Pertahanan Negara Brunei Darussalam. Misi pengaman ini telah menghasilkan pelaburan yang besar, bukan sahaja bagi imej ABDB dan anggota-anggota yang terlibat, malahan juga bagi negara konteks bidang diplomasi pertahanan. Pada 3 September 2021 yang lalu, ABDB telah meneruskan penempatan anggotanya ke misi pengaman UNIFIL di bawah kontinjen MALBATT 850-9.


Attachments