Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DOA KESYUKURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 51ST ANNIVERSARY OF ROYAL BRUNEI ARMED FORCES MILITARY CADET


RIMBA GADONG CAMP, Friday 7 January 2022 – The Royal Brunei Armed Forces Military Cadets (RBAF Military Cadets) held a Doa Kesyukuran Ceremony in conjunction with the 51st Anniversary celebration of RBAF Military Cadets at the Royal Brunei Malay Reserve Regiment’s (RBMRR) surau, whilst adhering to the Early Endemic Phase of COVID-19 guidelines set by the Ministry of Health.


Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Muhammad Suradzin bin Haji Muhammad Yusof, Commanding Officer of the RBMRR. Also present were the RBAF Military Cadets Commanding Officer, Deputy Commanding Officer of RBMRR, RBMRR officers, military cadet officers, instructors, supervising teachers as well as staff of the RBAF Military Cadets. 


The ceremony began with the recitation of Rattib Al-Attas and was followed by a Doa Kesyukuran read by Muhammad Rusaini bin Awang, ASMDB Religious Teacher.


The Guest of Honour then took this opportunity to express his appreciation to the members of the RBAF Military Cadets in supporting the Ministry of Health in handling the COVID-19 pandemic, especially among the Military Cadet Officers and teachers who volunteered. He also emphasised the importance of discipline in shaping the identity of Military Cadet members.


The ceremony was held to show appreciation as well as the unity and strong cooperation of the RBAF Military Cadets.








MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KADET TENTERA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE 51 TAHUN


KEM RIMBA GADONG, Jumaat, 7 Januari 2022 - Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB) yang ke 51 bertempat di Surau Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB) Kem Rimba Gadong, mengikut garis pandu Fasa Peralihan dan Standard Operating Procedures (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Muhammad Suradzin bin Haji Muhammad Yusof, Pegawai Pemerintah (ASMDB). Turut hadir ialah Pegawai Memerintah KT ABDB, Timbalan Pemerintah ASMDB, pegawai-pegawai ASMDB, pegawai-pegawai kadet tentera, jurulatih-jurulatih, guru-guru pengawas dan ahli-ahli KT ABDB.


Upacara dimulakan dengan bacaan Rattib Al-Attas dan diikuti dengan bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Muhammad Rusaini bin Awang, Guru Ugama ASMDB.


Tetamu Kehormat kemudian mengambil kesempatan bagi menyampaikan penghargaan beliau kepada anggota-anggota KT ABDB yang berkhidmat untuk sama-sama berganding bahu dalam menyokong Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak COVID-19 khususnya di kalangan pegawai Kadet Tentera dan guru-guru pengawas yang telah melibatkan diri sebagai sukarelawan. Beliau juga menekankan keutamaan disiplin dalam ketenteraan untuk membentuk jati diri ahli-ahli Kadet Tentera.


Majlis ini telah diadakan bagi menzahirkan rasa kesyukuran di samping menjadi wadah perpaduan dan kerjasama padu warga KT ABDB.


Attachments