Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
58 ROYAL BRUNEI ARMED FORCES OFFICERS PROMOTED


BERAKAS GARISON, Friday, 14 January 2022 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a total of 58 senior officers and officers of Royal Armed Forces Brunei (RBAF) have been promoted today in a promotion ceremony that took place at Berakas Garrison Officers Mess. 

Present to award the insignias was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF. 

Present at the promotion ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries, senior officers and officers of the Ministry of Defence and RBAF as well as families of promoted officers. 

During the ceremony, a total of 2 senior officers were promoted to the rank of Colonel, 2 officers were promoted to the rank of Acting Lieutenant Colonel; whereas for officers ranking Major below, a total of 11 officers were promoted to the rank of Substantive Major/Acting Lieutenant Commander, RBN, one promoted to Acting Major, 35 promoted to Substantive Captain / Lieutenant (RBN); 5 officers were promoted to the rank of Acting Captain and 2 were Special Commissioned to the rank of Lieutenant / Lieutenant Junior Grade (RBN). 









58 PEGAWAI ABDB DINAIKKAN PANGKAT 

BERAKAS GARISON, Jumaat, 14 Januari 2022 - Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 58 orang pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat hari ini di dalam Majlis kenaikan pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison. 

Hadir bagi menyempurnakan majlis kenaikan pangkat ini ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. 

Hadir bagi majlis kenaikan pangkat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Laila Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta keluarga. 

Semasa majlis tersebut, seramai 2 Pegawai-Pegawai Kanan dinaikkan ke pangkat Kolonel Tetap dan 2 pegawai dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel; manakala bagi pegawai-pegawai yang berpangkat Mejar ke bawah, seramai 11 pegawai dinaikkan ke pangkat Mejar / Leftenan Komander, TLDB, seorang dinaikkan ke Pemangku Mejar, 35 pegawai dinaikkan ke pangkat Kapten Tetap / Leftenan (TLDB); 5 pegawai dinaikkan ke pangkat Pemangku Kapten dan 2 Pegawai di Tauliah Khas ke pangkat Leftenan / Leftenan Madya (TLDB). 


Attachments