Skip Ribbon Commands
Skip to main content
BRIEFING ON THE UNDERSTANDING OF MAQASID SYAR’IAH PRINCIPLES IN MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 05 July 2022 – The Ministry of Religious Affairs, through its Muraqib Unit, conducted a briefing on The Understanding of Maqasid Syar’iah Principles in Management and Administration in Brunei Darussalam to the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at Wira Seni Hall, RBAF Band, Bolkiah Garrison this morning. 


The event, organised in collaboration with the Directorate of Personnel, Directorate of Administration and Manpower and the Office of Strategy Management, Ministry of Defence, was attended by 150 participants comprising civilian and military personnel involving all levels representing all directorates and units under the Ministry of Defence. Also in attendance were Deputy Services Commanders, Directors and Commandants.


The briefing was delivered by three facilitators, namely Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Senior Religious Officer from Islamic Da’wah Centre, Yang Mulia Awang Haji Aziman bin Haji Zaman, Senior Education Officer from Department of Islamic Education, and Awang Haji Mohammad Khairul Azhar bin Idris, Assistant Lecturer at the Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB). It aimed, among others, to provide the understanding and enhance awareness on the importance of the Maqasid Syar’iah Principles in an organisation’s governance and equally in the government servants’ daily lives, as well as its relevance in ensuring the social well-being, security and stability of the nation. In addition, the briefing provides a platform for exchanging views and ideas in the context of the efficacy of applying the five Maqasid Syari’ah principles in Brunei Darussalam’s management and administration.


The briefing is part of the initiative to socialise the Maqasid Syar’iah in Management and Administration in Brunei Darussalam Strategic Project to ministries where it entails a workshop on Maqasid Syar’iah scheduled for the Ministry of Defence on Tuesday, 2 August 2022.


The implementation of the briefing is in line with the Ministry of Defence’s initiative to strengthen the instilment, integration and appreciation of the Maqasid Syar’iah principles into the leadership, management and administration of defence. This has been manifested in the Defence White Paper update 2021, which highlighted the importance of the Maqasid Syar’iah values ​​and principles in shaping and formulating every task and responsibility of defence towards ensuring the nation’s security and well-being of the people.









TAKLIMAT KEFAHAMAN PRINSIP MAQASID SYAR’IAH DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Selasa, 05 Julai 2022 – Kementerian Hal Ehwal Ugama, melalui Unit Muraqib, telah mengadakan Taklimat Kefahaman Prinsip Maqasid Syar’iah dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Negara Brunei Darussalam kepada warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Dewan Wira Seni, Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison pagi ini.


Acara yang dikendalikan dengan kerjasama Jabatanarah Keanggotaan, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia dan Pejabat Pengurusan Strategi, Kementerian Pertahanan itu dihadiri 150 orang peserta terdiri daripada kakitangan awam dan tentera jabatanarah-jabatanarah dan unit-unit di bawah Kementerian Pertahanan. Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah dan Komandan-Komandan.


Taklimat tersebut telah disampaikan oleh tiga orang fasilitator iaitu Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Ugama Kanan dari Pusat Da’wah Islamiah, Awang Haji Aziman bin Haji Zaman, Pegawai Pelajaran Kanan dari Jabatan Pengajian Islam, dan Awang Haji Mohammad Khairul Azhar bin Idris, Penolong Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Taklimat tersebut antaralain bertujuan untuk memberikan kefahaman dan meningkatkan kesedaran akan kepentingan Prinsip Maqasid Syar’iah dalam tadbir urus sesebuah organisasi, dalam kehidupan seharian penjawat Kerajaan, serta dalam menjamin kesejahteraan dan keselamatan sosial serta kestabilan negara. Di samping itu, ianya juga menyediakan wadah untuk bertukar pandangan dan buah fikiran dalam konteks keberkesanan pelaksanaan kelima-lima unsur Maqasid Syar’iah dalam pengurusan dan pentadbiran di Negara Brunei Darussalam.


Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif pemberigaan Projek Strategik Maqasid Syar’iah Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam di Kementerian-Kementerian. Program ini juga melibatkan pelaksanaan Bengkel Pengukuhan Maqasid Syar’iah yang mana ianya dijadualkan untuk Kementerian Pertahanan pada hari Selasa, 02 Ogos 2022.


Pelaksanaan taklimat ini adalah selaras dengan inisiatif Kementerian Pertahanan dalam mengukuhkan penyerapan, integrasi dan penghayatan prinsip-prinsip Maqasid Syar’iah ke dalam kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran pertahanan. Ianya juga telah dimanifestasikan dalam Kertas Putih Pertahanan Kemaskini 2021 yang menyentuh kepentingan nilai-nilai dan prinsip-prinsip Maqasid Syar’iah dalam membentuk dan mengiringi setiap tugas dan tanggungjawab pertahanan ke arah menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.


Attachments