Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
FLAG LOWERING CEREMONY TO CONCLUDE HIS MAJESTY’S 76TH BIRTHDAY CELEBRATION


BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 31July 2022 – Brunei Darussalam’s national flag that was hoisted on 1 July 2022 has been lowered down at the vicinity of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex marking the conclusion of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 76th birthday celebration.

The lowering of the giant national flag was officiated by Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Deputy Minister of Energy at the Prime Minister's Office. The ceremony was also attended by the Royal Brunei Armed Forces Service Commanders.

The national flag was lowered by 20 personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) led by Lieutenant Junior Grade Abdul Munim bin Haji Samli, RBN. The entire proceeding was accompanied by the National Anthem, ‘Allah Peliharakan Sultan' and concluded with the recitation of Doa Selamat.







ACARA PENURUNAN BENDERA BESAR SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 76 TAHUN


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 31 Julai 2022 - Bendera besar Negara Brunei Darussalam yang telah dinaikkan pada 1 Julai 2022 telah diturunkan di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera kebangsaan di seluruh negara sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76. 

Penurunan bendera besar telah dirasmikan oleh Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Penurunan bendera kebangsaan telah dilaksanakan oleh 20 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Abdul Munim bin Haji Samli, TLDB diiringi oleh Lagu Kebangsaan, 'Allah Peliharakan Sultan' dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.


Attachments